24 OKTOBER 2026 | DEWAN MUAFAKAT TAMAN ADDA HEIGHT, JOHOR BAHRU
Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bersama Wira Kasih JB dan klinik veterinar terlibat telah melaksanakan Program Kembiri dan Vaksinasi Kucing bagi membantu mengawal populasi kucing di kawasan pentadbiran MBJB.
Sebanyak 283 ekor kucing berjaya dikembiri dengan penglibatan 35 orang sukarelawan dan 31 orang staf klinik veterinar. Program ini turut memberi peluang kepada orang awam mendapatkan perkhidmatan kembiri pada kadar yang berpatutan.
Sesi taklimat telah disampaikan oleh Dr. Marlia Zulkapli dari Marlia Veterinary Clinic. Program ini merupakan kesinambungan daripada program kembiri kucing berskala besar yang dilaksanakan MBJB bersama NGO dan klinik veterinar secara tahunan.
MBJB merakamkan penghargaan kepada Wira Kasih JB, klinik veterinar, sukarelawan serta para penaja atas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini. Jumpa lagi pada tahun 2027!
Image
Image
Image
Image