
Ketua Pegawai Digital (CDO) MBJB - Setiausaha Majlis Bandaraya Johor Bahru
Nama : TUAN HAJI MOHD FARID BIN HASSAN
Emel : mohdfaridhassan@mbjb.gov.my
No. Telefon : 07-228 2626
No. Faks : 07-228 2624
Peranan dan tanggungjawab CDO adalah seperti berikut:
Meneraju inisiatif pendigitalan di organisasi melalui penggunaan data, analitis dan teknologi digital dalam menyediakan penyampaian perkhidmatan yang memenuhi keperluan dan pengalaman rakyat, selamat, efisien, cerdas dan dipercayai.
Memacu hala tuju pendigitalan berdasarkan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) organisasi merujuk kepada Pelan Strategik dan Pelan Pengurusan Risiko organisasi melalui budaya berpacukan data (data-driven), berpaksikan rakyat dan reka bentuk perkhidmatan berteraskan keselamatan.
Mentransformasi penyampaian perkhidmatan digital organisasi berfokuskan pengalaman pelanggan (customer experience) yang berteraskan pendekatan keseluruhan kerajaan (Whole-of-Government) melalui inovasi melibatkan perkongsian data, data terbuka dan teknologi memuncul (emerging technology).
Merancang dan menyelaras pelan tindakan keselamatan siber bagi memastikan data dan infrastruktur ICT agensi sentiasa dilindungi dari ancaman dalam dan luar.
Merancang dan menilai keperluan perkhidmatan digital, reka bentuk perkhidmatan dan bajet pembangunan serta bajet mengurus yang diperlukan.
Meneraju perubahan pendigitalan melalui penggunaan data dan teknologi selaras dengan dasar/pelan semasa kerajaan.
Merancang dan memastikan pelaksanaan perubahan pendigitalan adalah selaras dengan dasar/pelan semasa Kerajaan serta Pelan Strategik Organisasi yang dijajarkan kepada Pelan Strategik Pendigitalan (PSP).
Mewujudkan budaya berpacukan data (data-driven) dalam organisasi yang mengamalkan pendekatan principle-based melalui penggunaan data dan teknologi digital.
Mewujudkan persekitaran dan pembudayaan digital di organisasi bagi meningkatkan literasi digital dan pemahaman tentang penggunaan teknologi ke arah memperkasa penyampaian perkhidmatan kerajaan digital.
Meneraju tadbir urus ICT organisasi ke arah pelaksanaan dan pembudayaan digital.
Meneraju Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) dan Jawatankuasa Teknikal Pendigitalan dengan melaksana peranan berdasarkan terma rujukan jawatankuasa berkaitan mengikut pekeliling yang berkuatkuasa.
Memantapkan struktur urus pendigitalan organisasi dan menyelaras penggunaan dasar, standard dan amalan terbaik global.
Melaporkan pelaksanaan dan status kemajuan transformasi pendigitalan kepada tadbir urus pendigitalan yang berkaitan seperti JPICT dan Jawatankuasa Teknikal Pendigitalan organisasi.