Langkau ke kandungan utama

Soalan Lazim

1.
Apa itu cukai harta?

Cukai Harta atau dikenali juga sebagai Cukai Taksiran adalah cukai yang dikenakan ke atas setiap pegangan berkadar termasuklah tanah kosong di dalam kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru mengikut kuasa yang diberikan dibawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) Seksyen 127 seperti di bawah:

Pihak berkuasa tempatan boleh, dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri, dari semasa ke semasa sebagaimana difikirkan perlu, mengenakan sama ada secara berasingan atau sebagai suatu kadar yang disatukan, kadar atau kadar tahunan dalam sesuatu kawasan pihak berkuasa tempatan bagi maksud Akta ini atau bagi maksud lain yang mana adalah kewajipan pihak berkuasa tempatan itu menyempurnakannya di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain

Berikut adalah jenis-jenis harta yang dikenakan cukai taksiran

  • Perumahan
    Rumah teres, rumah berkembar, rumah sesebuah, rumah bandar, rumah pangsa, pangsapuri, apartment, kodominium,rumah kedai dan sebagainya.
  • Perdagangan
    Kedai, kedai pejabat, apartment perkhidmatan, pusat membeli belah , pawagam, pejabat, hotel, stesen minyak, pusat rekreasi dan sebagainya.
  • Perindustrian
    Kilang teres, kilang berkembar, kilang kluster, kilang sesebuah, bengkel dan sebagainya.
  • Pertanian
    Ladang Kelapa Sawit, kebun sayur-sayuran, kebun bunga dan sebagainya.
  • Tanah Kosong
    Lot pertanian, lot kediaman, lot perindustrian, tanah pembangunan dan sebagainya.
2.
Bagaimana Cukai Taksiran ini ditentukan?

Cukai Taksiran ditentukan berdasarkan kadar peratusan (%) yang diambil daripada Nilai Tambah setiap pegangan harta seperti formula berikut:

          Nilai Tambah   X    Kadar %  mengikut Jenis Pegangan  =    Cukai Taksiran

3.
Berapa Kadar Peratus (%) Cukai Taksiran dikenakan?

Kadar Peratusan (%) yang dikenakan adalah mengikut kategori jenis pegangan sebagaimana di bawah:

Jenis PeganganKadar
Perumahan Dan Lain-Lain0.08%
Perumahan Rizab Melayu0.03%
Perumahan Rakyat0.05%
Pangsapuri Perkhidmatan0.22%
Perdagangan0.23%
Perindustrian0.24%
Tanah Pembangunan0.04%
Tanah Pertanian0.03%
4.
Bagaimana pula Nilai Tambah ditentukan?

Komponen utama yang diambil bagi penentuan Nilai Tambah ialah nilai tanah dan nilai bangunan.

  • Tanah        : Anggaran nilai tanah yang munasabah berdasarkan Aras 1 Julai 2020
  • Bangunan : Anggaran kos bangunan yang munasabah berdasarkan Aras 1 Julai 2020
5.
Mengapa Cukai Taksiran saya berbeza dengan jiran saya?

Perbezaan Cukai Taksiran boleh berlaku disebabkan terdapat beberapa perbezaan antaranya:

  • Keluasan lantai bangunan (disebabkan terdapat ubahsuai atau ubah tambahan)
  • Jenis Bangunan
  • Kedudukan bangunan atau unit (intermidiate/end/odd/dll)
  • Jenis bahan binaan
  • Lokasi
  • Status Pegangan (Bumiputera/antabangsa)
  • Jenis Pegangan (Kekal/Pajakan/dll)
6.
Adakah cukai taksiran saya akan berubah-ubah dari semasa ke semasa?

Nilai Tambah akan kekal sehingga Penilaian Semula yang dikuatkuasakan kecuali pindaan kepada Senarai Nilaian akan dibuat sebagaimana Seksyen 144, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Pindaan Senarai Nilaian akan dibuat atas sebab-sebab berikut :

  • Bangunan baru
  • Bangunan diubahsuai/tambahan binaan
  • Bangunan runtuh atau dirobohkan
  • Keluaran Hakmilik baharu
  • Perubahan nilai pada harta yang disebabkan oleh peruntukan undang-undang , perancangan dan sebagainya
  • Pembetulan penilaian sedia ada
7.
Adakah kadar peratusan boleh dipinda atau dikurangkan?

Kadar tidak boleh dipinda atau dikurangkan. Kadar ini ditentukan selaras dengan peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) di bawah Seksyen 130 seperti di bawah: 130

Apa-apa kadar atau kadar-kadar yang dikenakan di bawah Bahagian ini boleh ditaksirkan atas nilai tahunan pegangan atau atas nilai tambah pegangan sebagaimana yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Jika sesuatu kadar atau kadar-kadar ditaksirkan atas nilai tambah pegangan, kadar atau kadar-kadar itu hendaklah tidak boleh lebih daripada lima peratus dari nilai tambah

8.
Kenapa saya perlu membayar cukai harta?

Cukai Harta perlu dibayar bagi membiayai:

  1. Perkhidmatan pembersihan kawasan seperti pungutan sampah, pembersihan jalan, parit dan pemotongan rumput;
  2. Pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur seperti jalan, parit, longkang dan pengindahan bandar;
  3. Penyediaan dan penyelenggaraan lampu jalan;
  4. Pembinaan dan penyelenggaraan kemudahan awamseperti dewan orang ramai, tandas awam, pasar, padang permainan kanak-kanak, tempat rekreasi dan sebagainya;
  5. Menyediakan perkhidmatan perbandaran dan kesihatan awam.
9.
Bila saya perlu membayar cukai harta saya?

Cukai Harta perlu dijelaskan dua kali setahun

  • Penggal pertama: 1 Januari - 28 Februari
  • Penggal kedua: 1 Julai - 31 Ogos

Caj Notis akan dikenakan sekiranya Cukai Harta dibayar selepas tarikh akhir pembayaran.

10.
Apa yang akan terjadi sekiranya saya lewat atau tidak membayar cukai harta?

Anda akan dikenakan tindakan seperti berikut:

  1. Surat Peringatan akan dikeluarkan dan anda perlu menjelaskan dalam masa lima belas (15) hari dari tarikh notis ini dipos/diserah;
  2. Jika masih gagal, Notis (Borang E) akan dikeluarkan. Anda juga perlu menjelaskan dalam masa lima belas (15) hari dari tarikh notis ini dipos/diserah;
  3. Jika masih gagal, Sitaan Harta Alih akan dibuat ke atas harta alih yang terdapat di bangunan anda atau lelongan harta tanah bagi yang tidak mempunyai harta alih seperti tanah kosong, melalui Pendaftar Mahkamah Tinggi sebagaimana Seksyen 151.

Caj Notis yang dikenakan sebagaimana berikut :

BilNotisCaj
1Surat PeringatanRM 6.00
2Notis (Borang E)RM 11.00
2Borang G (Sita)RM 33.00
11.
Apakah kesan-kesan lain sekiranya saya tidak membayar cukai harta?

Kesan lain dari tidak menjelaskan cukai harta adalah:

  1. Permohonan pelan ubah tambahan atau permit tidak diluluskan
  2. Tidak boleh membuat permohonan baru atau pembaharuan lesen perniagaan
  3. Permohonan di kaunter OSC tidak akan diproses
  4. Pindahmilik (Borang I/J) akan disekat
  5. Tidak layak menyertai Program Cabutan Bertuah Cukai Harta
12.
Mengapa saya tidak menerima bil cukai harta?

Bermula penggal 1/2026, bil cukai harta tidak akan dihantar secara fizikal. Untuk mendapatkan bil anda, sila layari laman MyBILL melalui pautan https://apl.mbjb.gov.my/MyBILL

13.
Bagaimana cara untuk mendapatkan bil cukai harta?

Melalui laman MyBILL di pautan https://apl.mbjb.gov.my/MyBILL

14.
Bagaimana cara untuk mendapatkan bil cukai harta yang lebih dari 1?

Anda perlu memasuki laman MyBILL bagi mendapatkan bil-bil tersebut. Walaubagaimanapun, MBJB dalam tindakan menaiktaraf perkhidmatan MyBILL bagi mendapatkan bil secara pukal.

15.
Apakah contoh bil cukai harta yang di terima untuk bayaran di kaunter?

Bil cukai harta yang dicetak berwarna sahaja yang akan diterima di kaunter untuk pembayaran bagi membezakan resit yang asli.

1.
Bolehkah saya mohon lebih dari satu premis?

Pemohon hanya dibenarkan memohon SATU premis pada satu masa, kecuali dengan kebenaran khas Pihak Berkuasa.

Soalan Am

2.
Apakah Fungsi Bahagian Pengurusan Penyewaan dan Bahagian Pengurusan Fasiliti di Jabatan Pengurusan Harta MBJB?

Bahagian Pengurusan Penyewaan bertanggungjawab menguruskan sewaan premis milik MBJB seperti gerai, ruang pejabat, kiosk dan tapak niaga. Ia termasuk permohonan, perjanjian, kutipan sewaan, pemantauan dan tindakan terhadap tunggakan. 

Bahagian Pengurusan Fasiliti bertanggungjawab melaksanakan pengurusan semua aset tak alih milik MBJB dengan memastikan aset-aset tersebut berkeadaan baik, memenuhi fungsinya serta dapat memberikan pulangan yang optimum kepada MBJB.

3.
Premis dan kemudahan fasiliti apa yang ditawarkan untuk disewa oleh MBJB?

MBJB menawarkan pelbagai jenis premis termasuk gerai makanan/minuman, gerai penjaja, ruang niaga pasar, ruang pejabat, kiosk, dan tapak pasar malam atau pasar tani. Link https://www.mbjb.gov.my/ms/sewaanpremismbjb

Fasiliti dan kemudahan awam yang boleh ditempah boleh rujuk di https://www.mbjb.gov.my/index.php/ms/rakyat/perkhidmatan/kemudahan-awam

4.
Bagaimana tempahan kemudahan dan fasiliti ini boleh dibuat?

Bagi tempahan kemudahan seperti dewan, gelanggang futsal dan fasiliti sukan dan rekreasi, anda boleh membuat tempahan dengan hadir ke kaunter jabatan Pengurusan Harta.

5.
Bagaimana caranya untuk saya mengetahui lebih lanjut berkaitan Pusat Akuatik MBJB dan Arena MBJB?

Anda boleh menghubungi Jabatan Pengurusan Harta di talian 07-2282584.

6.
Siapakah yang layak memohon premis MBJB?

Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan menetap di kawasan Johor Bahru (keutamaan kepada pemohon B40 atau berpendapatan rendah) layak memohon. Tiada rekod blacklist juga disyaratkan.

7.
Di mana saya boleh semak senarai premis kosong?

Senarai premis kosong boleh disemak melalui:

  • Laman web rasmi MBJB (https://www.mbjb.gov.my) – Iklan Kekosongan Premis
  • Terus ke kaunter Bahagian Penyewaan di Menara MBJB
  • Melalui hebahan media sosial rasmi MBJB – Facebook Rasmi MBJB
8.
Bagaimana saya boleh hubungi Bahagian Penyewaan MBJB?

Anda boleh hubungi kami melalui:
icon Telefon: 07-228 2525 sambungan Jabatan Pengurusan Harta
icon Emel: jph@mbjb.gov.my
icon Lokasi: Aras 7, Menara MBJB, Johor Bahru

Permohonan Penyewaan

9.
Bagaimana cara memohon premis MBJB?

Isi borang permohonan yang boleh didapati di kaunter MBJB atau muat turun melalui laman web rasmi. Lengkapkan dokumen sokongan dan hantar ke Bahagian Penyewaan, Jabatan Pengurusan Harta.

10.
Apakah dokumen yang diperlukan?
  • Salinan kad pengenalan pemohon;
  • Satu keping gambar berukuran passport;
  • Pengesahan Status Kebankrapan (Jabatan Insolvensi : online) – WAJIB;
  • Salinan Penyata Bank 3 bulan;
  • Salinan Pendaftaran Syarikat SSM (jika ada);
  • ROS / PJS / KOOP / Badan Yang Bertauliah(jika berkenaan); dan
  • Bayaran proses RM5.00 bagi setiap permohonan. (*Borang yang telah dibayar perlu ditinggalkan di kaunter)

Dokumen asal perlu dibawa semasa temuduga

11.
Berapa lama proses kelulusan?

Kebiasaannya 30 hingga 60 hari bekerja selepas tapisan dan semakan lengkap.

Bayaran Sewaan

12.
Bagaimana cara membuat bayaran sewa?

Bayaran boleh dibuat melalui:

13.
Adakah bayaran atas talian dibenarkan?

Ya, bayaran boleh dibuat secara atas talian melalui portak E-Khidmat

14.
Apa berlaku jika saya lewat bayar?

Sewa lewat akan dikenakan penalti lewat bayar dan jika berlarutan, notis peringatan serta tindakan penguatkuasaan akan diambil.

15.
Adakah saya akan didenda jika gagal bayar?

Ya, penalti lewat akan dikenakan mengikut tempoh tunggakan seperti yang ditetapkan dalam surat tawaran atau perjanjian sewaan.

1.
Bolehkah peniaga premis menggajikan pekerja warga asing?

Boleh mengajikan pekerja warga asing yang mempunyai permit kerja yang sah untuk kategori lesen perniagaan tred sahaja. TIDAK dibenarkan menggajikan warga asing untuk kategori lesen penjaja.

2.
Bagaimana cara untuk saya membuat permohonan lesen perniagaan dan iklan?

Tuan/puan hendaklah mengisi borang permohonan lesen perniagaan dan iklan yang terdapat di Portal Rasmi MBJB dengan memuat turun dan mencetak Borang Permohonan (eBorang) atau mengambilnya di Kaunter Jabatan Pelesenan, Tingkat 5 Menara MBJB beserta dokumen yang diperlukan bagi menyokong permohonan tersebut. Tuan/Puan juga boleh mendapatkan konsultansi di Jabatan Pelesenan.

3.
Bagaimana cara untuk saya membuat pembaharuan lesen perniagaan dan iklan? Bilakah lesen perniagaan perlu diperbaharui? Melalui medium apakah untuk pembaharuan lesen perniagaan tersebut?

Lesen perniagaan dan iklan perlu diperbaharui dalam masa 30 hari sebelum tarikh tamat lesen perniagaan (termasuk lesen ‘date to date’)

Tuan/puan juga boleh memperbaharui lesen perniagaan secara atas talian di portal e-Khidmat - http://johor.ekhidmat.my/ekhidmat atau di Kaunter Menara MBJB / Kaunter Cawangan dengan membawa lesen perniagaan dan iklan tahun sebelumnya.

4.
Bagaimana cara saya ingin memohon lesen untuk menganjurkan festival/roadshow/konsert/promosi/carboot sale (berunsur hiburan)?

Tuan/puan perlu memuat turun dan mengisi borang permohonan lesen sementara promosi melalui portal rasmi MBJB bersama-sama lampiran salinan kad pengenalan, salinan SSM, gambar lokasi perniagaaan dan surat perjanjian sewa/surat tawaran daripada pemilik tempat perniagaan, dan melampirkan surat sokongan dari Ibu Pejabat Polis lokasi masing-masing, surat ulasan untuk aktiviti hiburan dari Pejabat Daerah serta kertas kerja program yang akan dianjurkan selewat-lewatnya 30 hari bekerja dari anggaran tarikh program yang dijadualkan.

Promosi minuman keras adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali

5.
Bagaimana cara untuk memohon lesen iklan luar?

Tuan/puan boleh berhubung terus dengan Syarikat Southern XMedia di Wisma IBZI berkenaan lesen iklan luar di talian 07- 223 0001 bagi kategori billboard / LED / gegantung (bunting) dan sepanduk (banner); manakala boleh merujuk Unit Iklan luar bagi kategori iklan dinding dan visual papan adang (hoarding)

6.
Berapa kadar fi lesen iklan gegantung (bunting) dan sepanduk (banner) di kawasan MBJB?

Tuan/puan boleh berhubung terus dengan Syarikat Southern XMedia di Wisma IBZI berkenaan lesen iklan luar di talian 07-223 0001

7.
Perlukah saya memohon lesen untuk penggunaan ‘kiosk / stall’ / mesin vending (vending machine) dan rak perniagaan

Tuan/puan boleh mengisi borang permit sementara meletakkan barang perniagaan bersama dokumen sokongan yang ditetapkan;

Manakala, untuk mesin vending pula perlu dimohon menggunakan Borang Permohonan Lesen Premis Perniagaan dan Iklan

8.
Bagaimana saya hendak menyemak status permohonan lesen perniagaan saya?

Tuan/puan boleh menyemak status permohonan lesen perniagaan dengan hadir sendiri ke kaunter Jabatan Pelesenan, Tingkat 5, Menara MBJB atau telefon di talian 07-2198000 atau melalui portal e-Khidmat - http://johor.ekhidmat.my/ekhidmat

Lesen Perniagaan Tidak Berisiko boleh diperoleh secara serta merta di kaunter setempat setelah dokumen yang dihantar adalah lengkap dan bayaran dijelaskan; manakala Lesen Perniagaan Berisiko Tinggi dan Berisiko Sensitif akan dibawa ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan / Kerja Pelesenan dan Penguatkuasaan untuk diberikan Keputusan. Senarai kategori lesen adalah sepertimana Broshur

9.
Apakah syarat-syarat yang diperlukan untuk aktiviti jualan berjenis kenderaan sebagai contoh food truck/food wagon?

Syarat-syarat untuk jenis perniagaan yang menggunakan foodtruck/food wagon:

  • salinan kad pengenalan
  • salinan SSM
  • salinan geran kenderaan
  • gambar di setiap sisi kenderaan
  • salinan lesen GDL
  • gambar lokasi tapak perniagaan
  • salinan sijil suntikan thyphoid
  • salinan sijil kursus pengendalian makanan
  • sertakan surat kebenaran tuan tanah sekiranya tapak tersebut mempunyai pemilik
  • terdapat beberapa lokasi yang telah diwartakan untuk foodtruck/food wagon
  • sekiranya tapak yang dipilih tidak tersenarai dalam lokasi yang diwartakan, permohonan akan dibawa ke mesyuarat jawatankuasa.

Pautan borang penjaja

10.
Bolehkah peniaga premis menggajikan pekerja warga asing?

Boleh mengajikan pekerja warga asing yang mempunyai permit kerja yang sah untuk kategori lesen perniagaan tred sahaja. TIDAK dibenarkan menggajikan warga asing untuk kategori lesen penjaja.

11.
Apakah syarat-syarat yang dikenakan oleh pihak MBJB jika saya berminat untuk menjaja dalam kawasan MBJB?

Syarat-syarat untuk jenis perniagaan yang menggunakan foodtruck/food wagon:

  • salinan kad pengenalan
  • salinan SSM
  • gambar lokasi tapak perniagaan
  • salinan sijil suntikan thyphoid
  • salinan sijil kursus pengendalian makanan

*sertakan surat kebenaran tuan tanah sekiranya tapak tersebut mempunyai pemilik.


Pautan borang penjaja

12.
Bilakah saya boleh memohon untuk penganjuran bazar perayaan dalam kawasan MBJB?

Tuan/puan boleh memohon untuk penganjuran bazar perayaan dengan menghantar kertas kerja penganjuran seawal 3 bulan dari tarikh perayaan. Sila cakna dan layari laman sesawang MBJB untuk sebarang pengumuman terkini.

13.
Bolehkah saya menjual bunga api pada musim perayaan? Apa syaratnya jika dibenarkan?

Tuan/puan boleh membuat permohonan untuk menjual bunga api pada musim perayaan dengan mengisi borang lesen sementara promosi dan melampirkan salinan kad pengenalan, salinan ssm, gambar lokasi, serta kelulusan permit bahan letupan yang dikeluarkan oleh IPD mengikut lokasi perniagaan. 

*lokasi yang mempunyai pemilik perlu disertakan perjanjian sewa/surat tawaran.

14.
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan lesen anjing peliharaan dari MBJB?

Tuan/puan perlu mengisi borang permohonan lesen anjing yang terdapat di laman sesawang MBJB dengan memuat naik borang permohonan atau mengambilnya di Kaunter Jabatan Pelesenan tingkat 5 Menara MBJB.

Syarat-syarat untuk permohonan lesen anjing:

  • salinan kad pengenalan pemilik anjing
  • gambar pemilik dan gambar anjing
  • salinan sijil pemeriksaan kesihatan anjing terkini
  • dokumen bukti telah mengembiri anjing daripada Doktor Veterinar yang bertauliah

*wajib mendapatkan persetujuan jiran-jiran dalam borang permohonan

Jumlah yang dibenarkan:

  • hanya seekor bagi kediaman jenis teres.
  • 2 ekor untuk kediaman jenis banglo
  • 4 ekor (maksima) untuk kawasan kilang / tapak bina

LinkMuat Turun  Borang

* TIDAK DIBENARKAN UNTUK KEDIAMAN STRATA DAN BERTINGKAT (PANGSA/PANGSAPURI/KONDOMINIUM) DAN JENIS TOWN HOUSE.

15.
Adakah Jabatan Pelesenan mengehadkan waktu operasi untuk restoran/premis perniagaan makanan?

Pihak MBJB tidak mengehadkan waktu operasi perniagaan tetapi mempunyai 2 pilihan kategori premis perniagaan restoran/kedai makanan iaitu restoran 24 jam (beroperasi 18-24 jam) dan restoran bukan 24 jam (beroperasi kurang 18 jam). Kadar harga lesen bagi restoran 24 jam (kategori berisiko tinggi) adalah satu kali ganda daripada kadar harga lesen bukan 24 jam

Tindakan Penguatkuasaan

1.
Kenapa saya dikenakan kompaun?

Kesalahan lazim yang dikenakan kompaun oleh penguat kuasa ialah kesalahan parkir di lokasi yang tidak dibenarkan antaranya laluan awam, lorong belakang, loading bay, garisan kuning, laluan basikal dan sebagainya . Selain itu, sekiranya parkir di petak tanpa kupon juga boleh dikenakan kompaun.

2.
Mengapa premis saya disita/tutup?

Tiada Lesen Perniagaan Sah

  • Premis beroperasi tanpa lesen yang sah atau lesen telah tamat tempoh.
  • Lesen tidak diperbaharui selepas notis amaran.

Melanggar Syarat Lesen Perniagaan

  • Premis menjual barangan/perkhidmatan selain daripada yang diluluskan dalam lesen.
  • Ubahsuai premis tanpa kebenaran.
  • Menggunakan kawasan awam tanpa kebenaran (contoh: meletak meja kerusi atas laluan awam).
3.
Bagaimana kenderaan saya dikompaun sedangkan kenderaan saya tiada di Johor?

Ada kemungkinan kenderaan lain menggunakan nombor plat yang sama dengan kenderaan anda atau kesalahan memasukkan nombor kenderaan semasa tawaran kompaun diberikan.

4.
Apa yang saya perlu lakukan untuk membuat penafian kenderaan tersebut bukan kenderaan saya?

Untuk membuat penafian kenderaan yang dikompaun bukan kenderaan sebenar pemilik yang didaftarkan dalam sistem JPJ, pemilik membuat repot polis penafian dan disertakan geran dan gambar kenderaan sebenar. Salinan tersebut boleh dimajukan kepada Jabatan Penguatkuasaan bagi prosedur pembatalan kompaun.

5.
Bolehkah saya membuat rayuan terhadap kompaun yang dikenakan?

Rayuan bagi pengurangan kompaun boleh dibuat permohonan kepada Pihak Pengurusan MBJB mengikut dasar yang diperuntukkan dan pengecualian hanya boleh diberikan oleh YB Datuk Bandar mengikut pertimbangan dan kelulusan.

6.
Siapa yang meluluskan tindakan sita/roboh gerai saya?

Tindakan penguatkuasaan yang dijalankan mengikut punca kuasa yang telah diperuntukkan melalui

  • Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)
  • Undang-Undang Kecil Penjaja MBJB – Berniaga tanpa lesen, menghalang laluan awam, pembinaan gerai tanpa kelulusan.
  • Undang-undang Kecil Pelesenan Iklan (MBJB) 2010 
7.
Kenapa tindakan penguatkuasaan yang dijalankan tanpa pengeluaran notis dibuat?

Tindakan penguatkuasaan tanpa notis boleh berlaku dalam situasi tertentu berdasarkan kuasa serta budi bicara pegawai penguat kuasa MBJB, biasanya merujuk kepada undang-undang kecil tempatan dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Pengarah Jabatan Penguatkuasaan atau Ketua Unit boleh mengarahkan tindakan serta-merta atas alasan operasi berprofil tinggi, aduan awam kritikal, atau setelah pemerhatian berulang.

Parkir dan Lalu Lintas

8.
Kenapa saya dikenakan Kompaun Letak Kereta?
  1. Tiada Bayaran Parkir Dibuat
    • Tidak mempamerkan kupon / tiket parkir.
    • Tidak membuat pembayaran melalui aplikasi MBJB Spot
       
  2. Bayaran Parkir Tamat Tempoh
    • Letakkan kupon / tiket yang telah tamat.
    • Aplikasi tidak diaktifkan atau tidak diperbaharui selepas tempoh tamat.
       
  3. Parkir di Kawasan Larangan

    Parkir di petak larangan seperti:
    • Petak khas OKU tanpa permit.
    • Petak motosikal (jika anda guna kereta).
    • Laluan pejalan kaki.
    • Hadapan pili bomba.
       
  4. Menghalang Laluan / Halangan Kenderaan Lain
    • Parkir yang menyekat laluan masuk/keluar bangunan atau jalan kecil.
    • Parkir di selekoh atau simpang jalan.
9.
Di mana saya boleh bayar kompaun?

1. Bayaran Secara Online
 

1eKhidmathttps://ekhidmat.my
2Aplikasi MBJBSpot 
3PBTpay https://pbtpay.kpkt.gov.my/home/pbt

 

2. Bayaran di Kaunter MBJB

Semua kaunter cawangan MBJB

  1. Aras bawah, Bangunan Jotic, Jalan Ayer Molek, 80888 Johor Bahru
    Masa beroperasi : setiap hari 8.00 pagi-10.00 malam
  2. Kaunter Menara MBJB, Jalan Dato’ Onn, Johor Bahru.
    Waktu operasi:
  • Isnin–Khamis: 8.00 pagi – 5.00 petang
  • Jumaat: 8.00 pagi – 12.30 tengah hari, 2.00 petang – 5.00 petang.

 
3. Rujuk laman web bagi Lokasi kaunter Cawangan yang lain :

 Perkhidmatan Kaunter MBJB

4. Kaunter Bergerak MBJB

Rujuk jadual dan lokasi Kaunter Bergerak MBJB 

10.
Apa prosedur untuk mendapatkan pas bermusim?

Permohonan pas bermusim boleh dibuat melalui aplikasi MBJBSpot secara terus

11.
Kenapa kenderaan saya ditunda?

Kesalahan lazim yang dikenakan tindakan penundaan oleh MBJB ialah kesalahan parkir di lokasi yang tidak dibenarkan antaranya laluan awam, lorong belakang, loading bay, garisan kuning, laluan basikal dan lain-lain Lokasi yang tidak dibenarkan.

Selain daripada itu, kenderaan yang terbiar dan ditinggalkan lama di tempat awam termasuklah di Kawasan perumahan juga boleh dikenakan tindakan penundaan.

Pembinaan dan Lesen

12.
Kenapa barang saya disita?

Berniaga tanpa lesen sah

  • Tidak mempunyai lesen perniagaan daripada MBJB.
  • Lesen telah tamat tempoh dan tidak diperbaharui.

Berniaga di tempat yang tidak dibenarkan

  • Menjalankan perniagaan di kawasan larangan seperti kaki lima, tepi jalan, atau kawasan milik awam/tanpa kebenaran.

Mengganggu laluan awam

  • Menyebabkan halangan kepada pejalan kaki, lalu lintas atau kawasan awam lain.

Pelanggaran syarat lesen

  • Tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam lesen perniagaan, seperti saiz lot, jenis barang, waktu operasi, dll.

Menjual barangan terlarang

  • Menjual barang tiruan, haram atau tidak mengikut garis panduan KPDN/agensi lain.
  • Selain daripada itu, penjualan vape adalah tidak dibenarkan dan dilarang di Johor sejak tahun 2016

Tidak mematuhi arahan notis MBJB

  • Gagal mematuhi notis amaran yang telah dikeluarkan lebih awal oleh pihak penguat kuasa.
13.
Bolehkah membina struktur sementara tanpa lesen?

MBJB (Majlis Bandaraya Johor Bahru) mewajibkan semua pembinaan, termasuk struktur sementara, untuk mendapatkan kelulusan dan permit kerana:

Keselamatan Awam

  • Struktur yang tidak diluluskan boleh membahayakan pengguna dan orang awam.

Kesesuaian Guna Tanah

  • MBJB perlu pastikan struktur tidak melanggar pelan pembangunan atau guna tanah sedia ada.

Estetika dan perancangan bandar

  • Struktur sementara yang tidak dikawal boleh merosakkan imej dan keindahan bandar.

Elak gangguan dan aduan

  • Binaan haram boleh mengganggu jiran, lalu lintas, saliran dan utiliti awam.

Pematuhan Undang-undang Kecil MBJB

  • Mana-mana struktur tanpa kelulusan boleh dianggap binaan haram dan boleh diambil tindakan sitaan atau roboh.
14.
Saya berniaga tanpa lesen, apa hukuman yang dikenakan?

Jika anda berniaga tanpa lesen sah daripada MBJB, anda boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan dan hukuman di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan , Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MBJB) 2016 atau UUK Penjaja (MBJB) 2010

Penjaja dan Kebersihan

15.
Kenapa gerai saya dirobohkan?

Gerai anda dirobohkan oleh MBJB kerana melanggar peruntukan undang – undang yang ditetapkan dan menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah daripada MBJB.

Chatboard

1.
Dimanakah boleh mendapatkan suntikan typhoid?

Suntikan typhoid boleh didapatkan di Klinik Bandaraya MBJB. Hubungi talian klinik bandaraya di talian 072282630.

2.
Apakah suntikan lain yang ditawarkan oleh klinik bandaraya MBJB?

Suntikan lain yang ditawarkan termasuklah suntikan typhoid, Suntikan meningococcal (Umrah dan haji) serta suntikan influenza

3.
Dimanakah boleh mendapatkan kursus pengendalian makanan?

Boleh rujuk https://fosim.moh.gov.my/fssm/public/home atau FoSIM Public Apps

4.
Adakah wajib untuk mendapatkan suntikan typhoid dan kursus pengendalian makanan?

Setiap pengendali makanan, sama ada pekerja tetap ataupun pekerja separuh masa (part time), wajib mendapatkan suntikan typhoid dan kursus pengendali makanan bagi memastikan penyediaan dan pengendalian makanan dilakukan dengan baik dan sistematik

5.
Dimanakah aduan boleh disalurkan sekiranya terdapat premis makanan kotor dan tidak bersih?

Aduan boleh disalurkan ke Sistem Aduan Awam (SISPAA) MBJB dan Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru (PKDJB).

6.
Berapa banyakkah kuantiti perangkap minyak diperlukan bagi setiap premis makanan?

Perangkap minyak perlu dipasang di setiap outlet air cucian dan perlu diselenggara selalau bagi memastikan perangkap minyak berfungsi dengan baik.

7.
Berapakah kekerapan pembersihan perangkap minyak?

Bergantung kepada penghasilan makanan bagi premis tersebut dan saiz perangkap minyak yang bersesuaian.

Unit Alam Sekitar

8.
Bolehkah saya tanam pokok atau buat taman mini di tanah lapang awam?

Sebarang inisiatif komuniti seperti itu amat dialu-alukan, tetapi perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada PBT bagi memastikan keselamatan, pematuhan peraturan dan penyelenggaraan jangka panjang.

9.
Bagaimana untuk menyertai program-program kesedaran alam sekitar yang dianjurkan oleh PBT?

Orang awam boleh menyertai melalui hebahan di media sosial rasmi, laman web PBT, atau terus mendaftar dengan Unit Alam Sekitar. Aktiviti seperti gotong-royong, kempen tanam pokok, dan program 3R sering dianjurkan secara berkala.

10.
Apakah tindakan yang boleh diambil ke atas premis perniagaan yang menyebabkan pencemaran bau atau air?

PBT boleh mengeluarkan notis amaran, kompaun atau menutup premis jika gagal mematuhi syarat lesen dan menyebabkan pencemaran di bawah Undang-Undang Kecil PBT serta Akta Kerajaan Tempatan 1976.

11.
Siapa yang perlu saya hubungi jika ada kegiatan pembakaran terbuka?

Segera laporkan kepada: 

  • Unit Alam Sekitar MBJB (No tel: 07-2282564)
  • Jabatan Alam Sekitar (JAS)
  • Bomba (jika melibatkan kebakaran besar) 

Pihak PBT akan menyiasat dan mengambil tindakan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling dan undang-undang kecil PBT.

12.
Adakah PBT ada kutipan barangan kitar semula?

Ya. PBT menyediakan perkhidmatan kutipan kitar semula secara berkala atau meletakkan tong kitar semula di lokasi tertentu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk jadual kutipan atau lokasi tong di laman web rasmi PBT.

13.
Apakah peranan Unit Alam Sekitar di PBT?

Unit Alam Sekitar bertanggungjawab memantau, mengawal dan melaksanakan program serta tindakan bagi memastikan kelestarian alam sekitar di kawasan pentadbiran PBT. Ini termasuk pengurusan pencemaran, kesedaran awam, penguatkuasaan dan pematuhan terhadap undang-undang berkaitan.

14.
Bagaimana saya boleh membuat aduan berkenaan pencemaran alam sekitar (contohnya bau busuk, pembakaran terbuka, air longkang kotor)?

Aduan boleh dikemukakan melalui: 

  • Talian aduan PBT
  • Sistem e-Aduan rasmi
  • Aplikasi telefon pintar PBT (jika ada)
  • Hadir ke kaunter Unit Alam Sekitar 

Sila sertakan butiran lengkap lokasi dan gambar (jika ada) untuk memudahkan siasatan.

15.
Adakah perlu dapatkan kelulusan PBT untuk potong pokok di kawasan rumah saya?

Ya. Sekiranya pokok berada di kawasan rizab jalan atau milik PBT, kelulusan perlu diperoleh terlebih dahulu. Jika pokok berada dalam kawasan persendirian, pemilik bertanggungjawab tetapi perlu pastikan tindakan tidak mengganggu jiran atau mencetus bahaya.

Aplikasi

1.
Apakah aplikasi parkir tempat letak kereta yang disediakan ?

MBJB menggunakan aplikasi  MBJBSPOT

Bahagian Perolehan

1.
Bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat mengenai iklan perolehan Tender dan Sebut Harga yang di keluarkan oleh MBJB?

Tuan/Puan boleh mendapatkan maklumat berkenaan melalui Iklan Sebut harga/Tender dalam 2 cara mudah iaitu :-

  1. Portal MBJB https://www.mbjb.gov.my dan scroll ke bahagian bawah untuk perincian Tender dan Sebutharga, klik pada pautan di ruangan rujukan yang dikehendaki dan juga boleh muat turun Iklan semasa
  2. juga di pautan iPerolehan MBJB https://aplikasi.mbjb.gov.my/appIperolehan/
2.
Bagaimana cara untuk membeli Tender / Sebut Harga di MBJB?
  1. Sebelum pembelian dokumen perolehan dibuat, anda kena pastikan syarat wajib telah dipenuhi iaitu :
  2. Penama/Pemilik lesen yang sah pada (MOF/CIDB) telah hadir ke taklimat pejabat/tapak
  3. Telah disahkan kehadiran oleh Jabatan yang menguruskan taklimat tapak/pejabat
  4. Sekiranya cukup kesemua syarat di atas, Syarikat tuan telah layak membuat Pembelian Tender / Sebut Harga
  5. Pembelian dokumen boleh dilakukan secara atas talian di laman sesawang https://aplikasi.mbjb.gov.my/appIperolehan/ dan boleh layari manual pembelian dokumen di link https://qr-codes.io/nbGI1i
3.
Bagaimana cara untuk mendaftar?
  1. Bagi menyertai perolehan di MBJB anda perlu membuat pendaftaran kali pertama di pautan iPerolehan MBJB https://aplikasi.mbjb.gov.my/appIperolehan/.
  2. Klik pada “manual pengguna” untuk maklumat lengkap pendaftaran.
  3. Setelah itu, boleh
    1. klik di “Daftar baru” untuk Melakukan pendaftaran
    2. Taip No Syarikat (SSM) untuk meneruskan pendaftaran. Ruang Taip No Syarikat (SSM) Tanpa symbol (- / * & @ () {} ?)
    3. Tambah Maklumat “Penama Lesen” CIDB / KKM. Klik untuk Tambah Maklumat Penama Lesen CIDB / KKM
    4. Muat naik Lesen anda (CIDB : SPK, SPKK, STB, JCCD) dan (MOF:Lesen pendaftaran dan lesen taraf bumiputera) juga lain-lain lesen berkaitan sekiranya diperlukan
  4. Klik “Selesai” untuk mengesahkan dan menamatkan mendaftaran. Pendaftaran SELESAI.
4.
Adakah dikenakan yuran bagi pendaftaran dan berapakah jumlah yang yang dikenakan?

Tidak, setiap pendaftaran setakat ini adalah percuma dan tidak dikenakan bayaran.

5.
Bagaimana jika ingin mengemaskini maklumat pendaftaran?

KEMASKINI MAKLUMAT SYARIKAT / KONTRAKTOR

Panduan log masuk untuk kemaskini maklumat syarikat dan lesen setiap syarikat. Jika berdaftar dalam sistem iperolehan ini, bermakna rekod maklumat syarikat anda akan berada dalam simpanan MBJB Setiap pengurus syarikat boleh mengemaskini beberapa maklumat syarikat masing-masing. Data-data yang berada di dalam sistem iPerolehan adalah hak milik MBJB secara mutlak. MBJB berhak membatalkan pendaftaran anda pada bila masa sekiranya didapati maklumat yang diberikan adalah tidak benar atau palsu.

Panduan mengemaskini pendaftaran boleh  di lihat di pautan iPerolehan MBJB https://aplikasi.mbjb.gov.my/appIperolehan/.

Klik pada “manual pengguna” bawah kategori kemaskini maklumat Syarikat/kontraktor.


Selain itu perincian bagi tujuan kemaskini maklumat Adalah seperti berikut:-

log masuk dan capaian syarikat:

  1. Klik untuk paparan log masuk Klik pada Daftar Kontraktor untuk Melakukan pendaftaran
  2. Isi No Syarikat(SSM) untuk ID Pengguna & No K/Pengenalan untun Katalaluan
  3. Paparan maklumat individu syarikat dan maklumat syarikat. Klik icon untuk paparan dan kemaskini maklumat individu.
  4. Klik ikon “kontraktor & Syarikat” untuk paparan maklumat syarikat dan untuk kemaskini. Klik Untuk Kemaskini Maklumat Syarikat dan individu
  5. Selain itu, maklumat lain juga boleh dikemaskini mengikut syarat kelayakan yang sah dan tidak boleh bercanggah

    selesai
6.
Adakah perlu pembaharuan pendaftaran?

Tidak, Tiada pendaftaran pembaharuan setakat ini dikenakan, anda hanya perlu mengemaskini maklumat Syarikat pada bila-bila masa sekiranya ada perubahan berkaitan terutamanya tempoh sahlaku lesen berkaitan kerana ianya akan menjejaskan anda untuk menyertai perolehan kelak.

7.
Selepas mendaftar di laman sesawang, apakah langkah-langkah selanjutnya yang perlu kontraktor lakukan?

Setelah selesai mendaftar, kontraktor yang berminat sudah boleh menyertai perolehan sebutharga dan tender di MBJB.

Tuan/Puan boleh mendapatkan maklumat berkenaan melalui iklan Sebut harga/Tender dalam 2 cara mudah iaitu :-

  1. Portal MBJB https://www.mbjb.gov.my dan scroll ke bahagian bawah untuk perincian Tender dan Sebutharga, klik pada pautan di ruangan rujukan yang dikehendaki dan juga boleh muat turun Iklan semasa
  2. juga di pautan iPerolehan MBJB https://aplikasi.mbjb.gov.my/appIperolehan/
8.
Sekiranya, saya ada masalah, kepada siapakah saya boleh berhubung ?

Sekiranya anda menghadapi masalah semasa pendaftaran, berkaitan dengan iklan atau dokumen tender/sebut harga yang ingin dibeli, masalah berkenaan sistem dan pembayaran anda boleh menghubungi Bahagian Perolehan MBJB di talian 07-2282534 atau hadir bersemuka di Bahagian Perolehan, Aras 6, Menara MBJB.

9.
Kenapa saya tidak boleh membeli dokumen tender/sebutharga?

Anda mungkin tidak hadir pada hari taklimat. Taklimat pejabat/tapak Adalah wajib bagi melayakkan anda membeli dokumen, selain itu pastikan semua kelayakan Adalah dipatuhi seperti dahlaku lesen, kod bidang, gred pengkhususan mengikut syarat pada iklan. Sila pastikan maklumat syarikat anda dikemaskini dan patuh pada kelayakan dan syarat iklan perolehan yang ditetapkan.

10.
Bagaimana saya ingin menyertai perolehan di MBJB?
  1. Bagi menyertai perolehan di MBJB anda perlu membuat pendaftaran kali pertama di pautan iPerolehan MBJB https://aplikasi.mbjb.gov.my/appIperolehan/.
  2. Klik pada “manual pengguna” untuk maklumat lengkap pendaftaran.
  3. Setelah itu, boleh:
    1. kKlik di “Daftar baru” untuk Melakukan pendaftaran
    2. Taip No Syarikat (SSM) untuk meneruskan pendaftaran. Ruang Taip No Syarikat (SSM) Tanpa symbol (- / * & @ () {} ?)
    3. Tambah Maklumat “Penama Lesen” CIDB / KKM. Klik untuk Tambah Maklumat Penama Lesen CIDB / KKM
    4. Klik “Selesai” untuk mengesahkan dan menamatkan mendaftaran. Pendaftaran SELESAI.
11.
Di manakah kontraktor boleh menyemak senarai kedudukan petender yang memasuki perolehan di MBJB?

Anda boleh menyemak senarai kedudukan petender yang memasuki perolehan di MBJB dengan Login ID dan pergi ke ruangan sebutharga/tender kemudian klik pada “Jadual Pamer Peti Sebutharga/Tender”

12.
Di manakah kontraktor boleh menyemak senarai sebutharga/tender semasa perolehan di MBJB?

Tuan/Puan boleh mendapatkan maklumat berkenaan melalui Iklan Sebut harga/Tender dalam 2 cara mudah iaitu :-

  1. Portal MBJB https://www.mbjb.gov.my dan scroll ke bahagian bawah untuk perincian Tender dan Sebutharga, klik pada pautan di ruangan rujukan yang dikehendaki dan juga boleh muat turun Iklan semasa
  2. juga di pautan iPerolehan MBJB https://aplikasi.mbjb.gov.my/appIperolehan/

Selain itu, Anda boleh Login ID dan pergi ke ruangan sebutharga/tender kemudian klik pada “Sebutharga/Tender Semasa”
 

13.
Siapakah yang boleh menghadiri taklimat tender / sebutharga?

Hanya penama yang ada di dalam lesen sahaja yang boleh menghadiri taklimat. Wakil syarikat tidak dibenarkan walaupun mempunyai surat wakil kuasa.

14.
Berapa banyak tawaran yang boleh dihantar untuk suatu tender / sebutharga?

Setiap tender / sebutharga hanya dibenarkan mengemukakan satu (1) tawaran perolehan sahaja. Pertimbangan tidak akan diberikan kepada mana-mana penyebutharga / petender yang mengemukakan lebih dari satu (1) tawaran dan kesemua tawarannya akan dianggap BATAL dan tidak akan dipertimbangkan.

15.
Bila tarikh taklimat bagi projek berkaitan?

Pihak tuan boleh menyemak di dalam iklan yang sedang dipaparkan.

OSC 3.0 PLUS

1.
Apakah perbezaan OSC 3.0 dan OSC 3.0 Plus?

Perbezaan OSC 3.0 dan OSC 3.0 Plus adalah seperti berikut :

  1. Kategori Pembangunan
  2. Tempoh Masa
  3. Proses 1 (Pra Rundingan) tidak dimandatorikan
  4. Senarai Semak Dokumen
2.
Dimanakah Senarai Semak Terperinci terkini boleh didapati?

Senarai Semak Terperinci yang terkini boleh didapati dari Agensi Teknikal Luaran (ATL) yang berkenaan dari semasa ke semasa (berkemungkinan senarai semak akan dikemaskini dari semasa ke semasa)

3.
Adakah Manual OSC 3.0 Plus digunapakai di kesemua PBT?

Manual OSC 3.0 Plus hanya digunapakai di seluruh PBT di Semenanjung Malaysia Sahaja

4.
Adakah OSC 3.0 Plus masih menggunapakai Sistem OSC Online?

Ya.

Kebenaran Merancang (KM)

5.
Rumah kediaman yang dibina didapati berlawanan dengan KM yang telah diluluskan?

PBT perlu mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut undang-undang dan akta dengan mengeluarkan notis amaran serta kompaun ke atas pemaju dan PSP. PSP pula perlu mengemukakan pelan pindaan KM.

6.
Adakah status permohonan sesuatu KM atau PB boleh diakses oleh orang awam atau tidak?

Status sesuatu permohonan KM atau PB boleh diakses oleh orang awam melalui Portal OSC yang dibangunkan oleh JKT.

7.
Status sesuatu permohonan KM atau PB boleh diakses oleh orang awam melalui Portal OSC yang dibangunkan oleh JKT?

Untuk mengetahui jenis pembangunan yang boleh dijalankan di sesuatu kawasan, orang awam boleh menyemak Rancangan Tempatan yang terdapat di Bahagian Perancang Bandar PBT tersebut.

Pelan Pembangunan (PB)

8.
Adakah kerja-kerja di tapak boleh dimulakan sekiranya status kelulusan pelan adalah “Lulus Bersyarat”?

Kerja-kerja di tapak tidak boleh dimulakan sekiranya status kelulusan pelan adalah “Lulus Bersyarat”

9.
Adakah papan tanda projek wajib dipamerkan,kerana hak masyarakat untuk mengetahui perihal projek melalui PBT berkenaan dan kewajipan PBT untuk memberikan maklumat?

Papan tanda projek perlu dipamerkan di tapak projek sebagai menepati syarat-syarat kelulusan Pelan Bangunan oleh PBT. Masyarakat mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat daripada PBT dan PBT juga mempunyai hak samada boleh memberi atau tidak maklumat yang diperlukan itu.

10.
Pengesahan berkenaan dengan pengemukaan semula (resubmission) sekiranya terdapat pindaan pada setting out dan keperluan untuk mendapatkan kelulusan dari PBT

Kesemua pindaan perlu membuat pengemukaan semula (resubmission) bagi mendapatkan kelulusan PBT ke atas semula pelan pindaan.

11.
Apakah Borang B? Adakah kegunaan Borang B untuk notifikasi mula kerja bangunan juga boleh digunakan untuk notifikasi mula kerja tanah?

Dalam mana-mana pembangunan di dalam kawasan PBT, apabila kerja hendak dimulakan, Borang B hendaklah dikemukakan kepada PBT sebagai Notis Memulakan atau Menyambung Kerja Bangunan. Borang B adalah merupakan satu keperluan undangundang dalam Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984. Pengemukaan Borang B bagi kerja bangunan dan kerja tanah adalah berasingan dan berlainan.

12.
Dinding dua pihak (party wall) tidak berkualiti dan pemaju tidak menjalankan apa-apa kerja pembaikan kecacatan akibat kesalahan pembinaan melencong daripada pelan lulus.

PBT perlu menyiasat aduan jika terdapat perlanggaran pelan kelulusan PB oleh pihak pemaju. Tindakan undang-undang boleh dikenakan ke atas PSP dan Pemaju jika terdapat unsur-unsur perlanggaran Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), selaras subseksyen 70(13)(b) dan Subsyeksyen 70 (27)(d) serta Subsyeksyen 70 (27) (e). 

PBT boleh mengambil tindakan di bawah Subseksyen 70 (13)(b), Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133) atas kesalahan melencong daripada mana-mana pelan atau penentuan yang diluluskan oleh PBT tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada PBT dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau boleh dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

13.
Rayuan pengecualian denda fi bagi Paragraf 17 Jadual Pertama UKBS 1984

Pengecualian bayaran denda adalah tertakluk kepada budi bicara PBT.

Perakuan Siap dan Pematuhan (ccc)

14.
Berlaku ketidakakuran CCC dan status CCC dipertikaikan samada sah atau tidak. Tarikh CCC diragui kerana terdapat dua Borang F dengan tarikh yang berbeza.

Hanya pihak Mahkamah sahaja yang boleh memutuskan berkenaan status CCC yang dikeluarkan itu sah atau pun tidak. Pembeli boleh membuat aduan secara terus kepada Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah di bawah Jabatan Perumahan Negara atau membawa kes tersebut ke mahkamah.

15.
Pemaju telah mengeluarkan VP menggunakan Borang F1 iaitu perakuan CCC sebahagian (Partial CCC). Adakah ini mematuhi kepada Perjanjian Jual Beli yang telah dipersetujui.

Pengeluaran VP bersama Borang F1 adalah menyalahi Jadual H, Subperaturan 11(1) Klausa 27, Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966 (Akta 118) dan Peraturan-Peraturan, cara Pemilikan Kosong hendaklah diberi bersama-sama Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC Borang F) dan bukan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan Sebahagian (Partial CCC-Borang F1)