Langkau ke kandungan utama

Anulae MBJB

ANULAE CAWANGAN
MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU
BULETIN SUARA ANULAE

 

ANULAE CAWANGAN

:

ANULAE CAWANGAN MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU
 

PROGRAM

:

MESYUARAT AGUNG TRITAHUNAN ANULAE CAWANGAN MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU KALI KE-25 SESI 2026-2029
 

TARIKH/HARI

:

10 SEPTEMBER 2026 (KHAMIS)
 

TEMPAT

:

DEWAN KENANGA, MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU
 

JUMLAH KEHADIRAN

:

617 ORANG

 

Mesyuarat Agung Tritahunan Kali Ke-25 ANULAE Cawangan Majlis Bandaraya Johor Bahru telah diadakan pada 10 September 2026 (Khamis) bertempat di Dewan kenanga Aras 2, Menara MBJB. Mesyuarat Agung Tri tahunan ini telah dirasmikan oleh Y.B Dato’ Sr Haji Mohd Haffiz bin Hj Ahmad, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru serta dihadiri oleh Tuan Setiausaha, En Hafiz bin Aliman, Puan Ir Hjh Nazatul Shima binti Mohamad, Timbalan Setiausaha, Sdr Norman bin Hj Mohd Taib Setiausaha Agung ANULAE Semenanjung Malaysia selaku wakil rasmi Presiden ANULAE Semenanjung Malaysia bersama Ketua-ketua Jabatan Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Turut hadir bersama Pengerusi dan Naib Pengerusi ANULAE Cawangan Majlis Bandaraya Pasir Gudang dan Pengerusi ANULAE Cawangan Majlis Perbandaran Kulai. Jumlah kehadiran ahli ANULAE yang dapat turut serta dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tritahunan ini adalah seramai 617 orang.

Pengerusi ANULAE Cawangan Majlis Bandaraya Johor Bahru mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Y.B Dato’ Sr Haji Mohd Haffiz bin Hj Ahmad Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru, Tuan Setiausaha, En Hafiz bin Aliman, Puan Ir Hjh Nazatul Shima binti Mohamad, Timbalan Setiausaha, Sdr Norman bin Hj Mohd Taib Setiausaha Agung ANULAE Semenanjung Malaysia selaku wakil rasmi Presiden ANULAE Semenanjung Malaysia kerana meluangkan masa bersama Ahli-ahli Kesatuan dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tritahunan kali Ke-25. Komitmen ini menunjukkan bahawa Pengurusan Tertinggi MBJB sentiasa komited dalam memberikan kebajikan kepada semua Anggota MBJB.

Beliau menzahirkan rasa terharu kerana Y.B Dato’ Sr Haji Mohd Haffiz bin Hj Ahmad telah dapat memperjuangkan bersama elaun Bandaraya berjumlah RM300.00 kepada setiap warga kerja MBJB bermula Januari 2026. Ucapan terima kasih kepada Datuk Bandar kerana telah memberikan peruntukkan kepada ANULAE Cawangan MBJB menaikkan kadar geran tahunan daripada RM20,000.00 setahun kepada RM50,000.00 setahun. 

Mesyuarat Agung Tritahunan ANULAE ini akan bertujuan memilih kepimpinan baru untuk terus komited dalam memperjuangkan kebajikan kepada Ahli Kesatuan selagi tidak melanggar dasar Kerajaan dan tadbir urus Kesatuan dalam memperkasa hala tuju ANULAE  Cawangan Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Keputusan Pemilihan Ahli Jawatankuasa  ANULAE Cawangan Majlis Bandaraya Johor Bahru Bagi Sesi 2026 – 2029 adalah seperti berikut:

Pengerusi

:

Sdr Rahamat bin A. Majid

Naib Pengerusi

:

Sdr Mohd Rasidi bin Mohd Rohan

Setiausaha

:

Sdri Nafizah binti Pangah @ Pa’at

Bendahari

:

Sdr Muhammad bin Abd Jalil

Ahli Jawatankuasa

:

 

 

 

Sdr. Romzi bin Yusof

 

 

Sdr. Mohd Fairus bin Mohd Daniel

 

 

Sdr. Mohamad Hazri bin Mohamad  Razali

 

 

Sdri. Hanum binti Kusnan

 

 

Sdr. Mohd Fouzi bin Abdul Wahab

 

 

Sdr. Amirul Akmal bin Mohd Shukor

 

 

Sdr Mohd Zahin bin Hamdan. 

 

 

Sdri. Norfaizah binti Abu

 

 

Sdr. Mohd Fadzli bin Buang

 

 

Sdr. Mohamad Hazri bin Mohamad Razali

 

 

Sdri. Kalsom binti A.Rahman

 

 

Sdri. Aida Faznee binti Mansor

 

 

Sdr. Syamsulariffin bin Mustapa

 

 

Sdr. Shahrezal bin Hashim

 

 

Sdr. Mohd Yazid bin Ali

 

 

Sdr. Ranafie bin Sirat

 

 

Sdr. Mohd Arif bin Yahaya

 

 

Sdr  Abd Azam bin Ghazali

 

 

Sdr. Hasnornahar bin Mohd Yusof

 

 

Sdr. Mohd Emy Amrie bin Amran

 

 

Sdr. Mohamad Azrul Effendi bin Sahmi

 

Image
Anulae Cawangan MBJB
Image
Anulae Cawangan MBJB
Image
Anulae Cawangan MBJB
Image
Anulae Cawangan MBJB
Image
Anulae Cawangan MBJB
Image
Anulae Cawangan MBJB