Langkau ke kandungan utama

Soalan Lazim

Bahagian Perolehan

46.
Siapa yang perlu hadir untuk menandatangani Surat Setuju Terima (SST)?
  1. Seorang penama di dalam sijil CIDB/MOF
  2. Seorang saksi
47.
Saya sudah buat pembayaran pembelian dokumen, tapi tak keluar no BPEL, apa yang patut saya lakukan?

Tuan/Puan diminta untuk hubungi Jabatan Teknologi Maklumat kami di talian 07-228 2521. Maaf diatas kesulitan.

Bahagian Hasil dan Akaun - Waktu Operasi Kaunter MBJB

48.
Apakah waktu operasi kaunter bayaran MBJB?
49.
Adakah kaunter MBJB menerima bayaran secara tanpa tunai (cashless)?

Ya. Mulai 1 April 2025, semua kaunter bayaran MBJB menggalakkan penggunaan transaksi tanpa tunai.

Bahagian Hasil dan Akaun - Kaunter Bergerak MBJB

50.
Apakah itu kaunter bergerak MBJB?

Kaunter bergerak MBJB (“mobile counter”) ialah kaunter sementara yang bergerak ke lokasi-lokasi tertentu untuk menyediakan perkhidmatan awam seperti bayaran cukai harta, kompaun dan sewaan gerai.

51.
Di manakah saya boleh semak lokasi dan tarikh kaunter bergerak MBJB?

Maklumat lokasi dan tarikh kaunter bergerak boleh diperoleh melalui laman rasmi MBJB di bahagian “Media Centre – Announcement” dan facebook MBJB.

52.
Adakah kaunter bergerak MBJB beroperasi setiap hari dalam bulan tersebut?

Tidak semestinya — jadual kaunter bergerak berubah-ubah mengikut lokasi dan tarikh. Sila rujuk pengumuman rasmi untuk butiran setiap hari.

53.
Adakah kaunter bergerak MBJB menerima bayaran secara tanpa tunai (cashless)?

Adakah kaunter bergerak MBJB menerima bayaran secara tanpa tunai (cashless)?

46.
Bolehkah JMB mengenakan kadar caj penyenggaraan yang berbeza dalam suatu pemajuan berdasarkan kegunaan?

Boleh. Caj penyenggaraan adalah berdasarkan kepada kadar unit syer yang diumpukkan kepada setiap petak. 

(Seksyen 12(3) Akta 757)

47.
Apakah tindakan yang boleh diambil oleh pihak MC sekiranya terdapat pertikaian di antara pihak MC dan ejen yang dilantik?

Pihak MC dinasihatkan untuk merujuk kandungan kontrak yang telah ditandatangani oleh pihak MC dan ejen yang dilantik. Sekiranya terdapat mana-mana pihak yang melanggar mana-mana klausa di dalam kontrak tersebut, pihak yang mempunyai ‘locus standi’ boleh memulakan prosiding di Tribunal/ mana-mana Mahkamah yang berbidangkuasa kompeten bagi mendapatkan keputusan mutlak.

48.
Bolehkah wang sumbangan Persatuan Penduduk ditadbir oleh Perbadanan?

Tidak boleh. Ini disebabkan Persatuan Penduduk dan Perbadanan merupakan dua entiti yang berbeza.

49.
Adakah binatang peliharaan dibenarkan/ boleh dipelihara di Pangsapuri?

Tidak boleh. Ianya menggangu ketenteraman jiran bersebelahan dan sekiranya ada aduan, JMB/MC boleh ambil tindakan sepertimana ‘house rules’ yang ditetapkan.