Langkau ke kandungan utama

Soalan Lazim

31.
Adakah pembantah diwajibkan hadir ke Mesyuarat Bantahan Cukai Taksiran bagi mendengar bantahan yang telah dibuat?

Sekiranya pembantah/wakil tidak dapat hadir pada Mesyuarat Bantahan Cukai Harta mengikut tarikh yang ditetapkan, pihak Jabatan beranggapan pembantah bersetuju dengan nilaian MBJB. Pihak Jabatan akan memberikan makluman keputusan bantahan melalui surat yang akan dihantar ke alamat surat-menyurat pembantah

32.
Bagaimana saya hendak mendapatkan pengesahan cukai harta atau pengesahan alamat?

Anda boleh layari portal MBJB di www.mbjb.gov.my bagi mendapatkan Borang Permohonan Surat Pengesahan Cukai Harta (BORANG T-06) dan hantar melalui emel rasmi Jabatan Penilaian iaitu jbtn-penilaian@mbjb.gov.my bagi tindakan semakan.

33.
Bolehkah sesuatu pegangan harta dikecualikan dari dikenakan cukai harta dan bagaimana pengecualian dan pengurangan kadar di tentukan?

Pengecualian cukai harta boleh hanya boleh dilaksanakan selaras dengan peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) di bawah Seksyen 134 dan 135 apabila sesuatu pegangan atau mana-mana bahagiannya digunakan semata-mata untuk:

  1. sebagai tempat awam untuk sembahyang;
  2. sebagai tanah perkuburan atau tempat membakar mayat awam yang berlesen;
  3. bagi sekolah awam;
  4. sebagai tempat awam bagi maksud khairat atau bagi maksud sains, sastera atau seni halus, dan bukan untuk mendapatkan keuntungan wang.

Pihak Berkuasa Negeri boleh, menurut budi bicaranya, mengecualikan pegangan atau bahagian pegangan itu daripada pembayaran semua atau mana-mana kadar atau boleh mengurangkan apa-apa kadar yang dikenakan ke atas pegangan atau bahagian pegangan itu

34.
Adakah saya layak menerima Remisi Cukai Taksiran jika bangunan saya tidak didiami/ disewakan?

Anda layak diberi remisi sekiranya memenuhi syarat-syarat sebagaimana Seksyen 162, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

Anda boleh layari portal MBJB di www.mbjb.gov.my bagi mendapatkan Borang Permohonan Remisi (BORANG R-01) dan syarat-syarat Remisi dan hantar melalui emel rasmi Jabatan Penilaian iaitu jbtn-penilaian @mbjb.gov.my Walaubagaimanapun anda boleh menghubungi Jabatan Penilaian di talian 07-2198232 bagi penerangan lanjut.

Penamatan & Serahan Permis

31.
Adakah deposit akan dipulangkan selepas tamat sewaan?

Ya, tertakluk kepada tiada tunggakan dan premis dikembalikan dalam keadaan baik.

32.
Siapa perlu hadir untuk serahan kunci?

Penyewa perlu hadir bersama pegawai MBJB untuk proses serahan kunci dan pemeriksaan akhir premis.

Unit Zoonotik

31.
Apa akan jadi kepada anjing liar yang ditangkap?

Anjing yang ditangkap akan dibawa ke pusat penahanan haiwan MBJB. Sekiranya tiada tuntutan dalam tempoh tertentu, anjing akan dilupuskan mengikut prosedur sebagaimana Tatacara Operasi Piawai (SOP) Penangkapan dan Pelupusan Anjing Terbiar di kawasan PBT.

32.
Bagaimana saya boleh dapatkan lesen anjing peliharaan?

Anda boleh memohon lesen anjing melalui Jabatan Pelesenan, MBJB. Dokumen seperti kad vaksinasi dan butiran pemilik diperlukan. Bayaran tahunan akan dikenakan.

33.
Adakah pihak NGO boleh membuat permohonan anjing angkat?

Ya. Pihak NGO perlu mengemukakan sijil pendaftaran NGO dan mengisi borang pemohonan di Jabatan Kesihatan, MBJB terlebih dahulu.

34.
Adakah pemilik anjing layak menuntut semula anjing yang telah ditangkap oleh MBJB sekiranya kejadian tersebut berlaku untuk kali kedua?

Tidak, pemilik anjing hanya boleh menuntut anjing sekali sahaja sebagaimana Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing MBJB (Pindaan) 2021.

35.
Berapakah tempoh masa anjing akan disimpan oleh MBJB selepas ditangkap?

Tempoh masa anjing yang ditangkap disimpan di Pusat Tahanan Haiwan MBJB adalah 2 hari bagi anjing tidak berlesen dan 7 hari bagi anjing berlesen sebagaimana Pekeliling dari KPKT.

36.
Berapakah kompaun yang akan dikenakan jika anjing oleh MBJB?

Tindakan kompaun RM 500 akan dikenakan kepada pemilik anjing ysng ingin menuntut semula anjing mereka dan caj kurungan anjing juga akan dikenakan mengikut hari.

37.
Adakah MBJB boleh tangkap anjing peliharaan yang tidak bertali atau tiada lesen?

Ya. Anjing peliharaan yang dilepaskan bebas tanpa tali di kawasan awam, atau tiada lesen sah boleh ditangkap mengikut undang-undang kecil MBJB berkaitan pemeliharaan haiwan kerana berpotensi menimbulkan kacauganggu dan ancaman keselamatan kepada penduduk.

38.
Anjing liar dekat kawasan rumah saya nampak agresif dan menggigit. Apa tindakan MBJB?

Sila laporkan segera kepada MBJB. Sekiranya anjing tersebut menunjukkan gejala rabies (anjing gila) seperti agresif, berbuih mulut atau takut air, tindakan segera akan diambil termasuk tangkapan dan pemantauan kesihatan.

39.
Adakah MBJB buat program kawalan anjing liar?

Ya. MBJB menjalankan aktiviti penangkapan anjing liar secara berkala, terutamanya di kawasan aduan, kawasan berisiko rabies, atau kawasan yang mengganggu ketenteraman awam.

40.
Siapa yang perlu saya hubungi jika ternampak anjing liar yang berkeliaran di kawasan kediaman saya?

Anda boleh laporkan segera kepada Unit Zoonotik, Jabatan Kesihatan,MBJB di talian 07-2282564 atau melalui sistem SISPAA MBJB. Pihak berkuasa akan menjalankan pemantauan dan tindakan lanjut seperti tangkapan atau pelupusan jika perlu.

41.
Apa itu penyakit zoonotik?

Penyakit zoonotik ialah penyakit berjangkit yang boleh merebak dari haiwan ke manusia, seperti leptospirosis (kencing tikus), rabies (anjing gila), toxoplasmosis dan sebagainya.

Bahagian Perolehan

31.
Pembayaran dokumen boleh melalui tunai di kaunter?

Tidak boleh. Hanya di sesawang e-khidmat, PBT pay, dan kiosk Sahaja.

32.
Taklimat Tapak boleh dihadiri oleh selain penama di dalam sijil CIDB/MOF?

Tidak boleh. Hanya penama di dalam sijil CIDB/MOF sahaja yang dibenarkan untuk hadir dan di ambil kira untuk membuat pembelian dokumen.

33.
Apakah dokumen wajib yang perlu dihantar?

Penender boleh mendapatkan SENARAI SEMAK PENYEDIAAN DOKUMEN YANG WAJIB DISERTAKAN UNTUK MENYERTAI SEBUT HARGA atau TENDER yang boleh didapati semasa muat turun dokumen setelah bayaran dibuat didalam web iPerolehan.

34.
Dimanakah serahan dokumen dan lokasi peti tawaran MBJB ditempatkan?

Dokumen perlulah dihantar ke Peti Tawaran, Aras 6, Menara MBJB, No. 1, Jalan Lingkaran Dalam, Bukit Senyum, 80300 Johor Bahru, Johor. Petender hendaklah memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang ditetapkan seperti diatas sebelum atau pada Tarikh Tutup sebut harga selewat-lewatnya pada pukul 12.00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan dan pihak majlis tidak bertanggungjawab diatas kelewatan penghantaran oleh mana-mana pihak .

Semua dokumen tawaran mesti dimasukkan ke dalam Peti tawaran sebelum pukul 12.00 tengahari pada tarikh tutup yang ditetapkan. Dokumen tawaran yang diserahkan selepas masa yang ditetapkan, tidak akan dipertimbangkan.

35.
Bagaimanakah penender ingin menghadiri taklimat?

Penender diwajibkan untuk mendaftar syarikat secara dalam talian menggunakan sistem iPerolehan sebelum pendaftaran taklimat dilakukan melalui laman sesawang https://apl.mbjb.gov.my/iperolehan. Adalah menjadi tanggungjawab syarikat untuk memastikan maklumat yang didaftarkan di dalam sistem iPerolehan haruslah sama dan tepat sebagaimana lesen asal yang terkini dan menepati syarat pendaftaran sebut harga / tender yang diiklankan. Sekiranya berlaku masalah ketika pendaftaran pada hari taklimat akibat maklumat yang diberikan tidak menepati syarat lesen pendaftaran, pihak MBJB tidak bertanggungjawab sekiranya pendaftaran kehadiran syarikat ditolak oleh pihak MBJB.

Pihak syarikat hanya dibenarkan mendaftar TAKLIMAT pada hari taklimat sahaja sebagaimana tarikh dan masa pada iklan sebutharga. 

Hanya syarikat yang cukup syarat dan layak akan disahkan untuk layak membeli dokumen tawaran. Syarikat perlu menyemak status kelayakan samada diterima atau ditolak sebelum meneruskan pembelian dokumen tawaran.

36.
Bagaimanakah petender ingin membelli dan mendapatkan dokumen selepas taklimat?

Petender boleh membuat bayaran di laman web iPerolehan dan dokumen boleh di muat turun selepas membuat bayaran.

37.
Apakah maklumat kewangan yang perlu ketika memasuki tender dan sebut harga di MBJB?
  1. Petender hendaklah mengisi Borang C (Data Kewangan Petender)
  2. Petender WAJIB mengemukakan sekurang-kurangnya salah satu dokumen kewangan berikut:
    1. Salinan Penyata Kewangan Beraudit Syarikat bagi tiga (3) tahun kewangan terakhir secara berturut-turut sebelum tahun tutup tender atau sekiranya tiada, bagi tiga (3) tahun kewangan terakhir secara berturut-turut setahun sebelum tahun tutup tender yang diaudit dan disahkan dengan salinan diakui sah (certified true copy) oleh Juruaudit Bertauliah
    2. Salinan Penyata Bulanan Bank bagi tiga (3) bulan terakhir sebelum bulan tutup tender yang disahkan oleh pegawai yang diberi kuasa oleh bank berkenaan.
    3. Laporan ASAL bank/institusi kewangan mengenai kemudahan kredit petender, atas format seperti di Borang CA yang ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa oleh bank/institusi kewangan berkenaan
  3. Deposit tetap (sekiranya ada) yang disahkan oleh pegawai yang diberi kuasa oleh bank berkenaan boleh dikemukakan sebagai tambahan kepada pengiraan keupayaan kewangan.
  4. Pihak Kerajaan akan membuat semakan dengan pihak syarikat audit/ bank/ institusi kewangan bagi mendapatkan pengesahan ke atas maklumat kewangan yang dikemukakan oleh petender. Petender hendaklah memastikan bahawa pihak syarikat audit/ bank/ institusi kewangan mengemukakan maklum balas dalam tempoh empat belas hari (14) hari kalendar dari tarikh surat dihantar kepada mereka. Kegagalan pihak syarikat audit/ bank/ institusi kewangan untuk mengemukakan maklum balas dalam tempoh tersebut akan menyebabkan maklumat kewangan petender yang berkenaan tidak diambil kira dalam penilaian.
38.
Adakah ada penerimaan atau penolakan tender oleh MBJB?
  1. MBJB berhak untuk menolak mana-mana atau keseluruhan tender. Mana-mana tender yang tidak lengkap, tidak jelas atau tidak mematuhi arahan, tidak akan dipertimbangkan.
  2. Pihak Kerajaan adalah tidak terikat untuk menyetujuterima tender terendah atau sebarang tender, dan juga tidak perlu memberikan sebarang alasan terhadap mana-mana tender yang ditolak
39.
Siapakah yang boleh hadir ke taklimat tapak?

A: Hanya penama didalam lesen sahaja yang dibenarkan hadir dan mendaftar di sesi taklimat tapak.

40.
Saya nak buat pembelian, tetapi tidak boleh, apa yang harus saya lakukan?

Harap maaf, sistem sedang memproses pembayaran Tuan/Puan. Kebiasaanya mengambil sedikit masa untuk sesawang kami menerima bayaran tersebut. Terima kasih kerana menunggu.

41.
Cetakan dan pengisian di dalam dokumen

Cetakan dan pengisian di dalam dokumen hendaklah SEMPURNA, TERANG & JELAS. Penggunaan cetakan secara "double sided" adalah tidak dibenarkan, terutama di bahagian Senarai Kuantiti dan Jadual Kadar Harga. Pihak MBJB berhak menolak dokumen yang tidak sempurna. Harap Maklum. Terima Kasih.

42.
Dokumen Maklumat Petender/Penyebutharga > Borang GA - Laporan Penyelia Projek Atas Prestasi Kerja Semasa Petender (Bukan Projek MBJB), saya hanya berpengalaman kerja dengan MBJB sahaja buat masa sekarang, boleh ke kalau saya kosongkan halaman ini?

Boleh. Hanya kosongkan sahaja halaman tersebut.

43.
Dokumen Maklumat Petender/Penyebutharga > Borang C - Data Kewangan - untuk sebutharga, syarikat Enterprise - syarikat saya tiada audit, dibahagian maklumat juruaudit untuk tujuan pengesahan tu saya perlu isi apa?

Kosongkan sahaja dibahagian tersebut.

44.
Penyerahan Dokumen Bon Pelaksanaan dan Polisi Insurans Kerja kepada Bahagian Ukur Bahan

Sekiranya Tender, perlu menyerahkan original dokumen kepada Bahagian Ukur Bahan, dan salinan kepada Bahagian Pelaksana (Jabatan tertakluk kepada kerja).

Manakala Sebutharga, perlu menyerahkan salinan kepada Bahagian Ukur Bahan, dan original kepada Bahagian Pelaksana (Jabatan tertakluk kepada kerja)

45.
Dokumen yang perlu dibawa bersama semasa menandatangani Surat Setuju Terima (SST)
  1. Dua (2) keping salinan Kad Pengenalan Pemilik Syarikat
  2. Satu (1) keping salinan Sijil Pematuhan Cukai (TCC)
  3. Cop Syarikat
  4. Original Balasan Surat Niat (Sekiranya lantikan bersyarat, Bahagian Ukur Bahan akan menghubungi syarikat Tuan/Puan terlebih dahulu)
31.
Apakah larangan-larangan terhadap pemilik petak?

Undang-undang kecil menyenaraikan dengan jelas larangan terhadap pemilik petak iaitu:

  1. menggunakan petaknya bagi apa-apa maksud yang menyalahi undang-undang yang boleh merosakkan nama baik bangunan itu;
  2. menggunakan bahan api atau apa-apa bahan atau material yang boleh mendatangkan asap atau wasap (fumes) atau bau yang buruk;
  3. membuang atau membenarkan jatuh, apa-apa kotoran atau sampah atas harta bersama kecuali ke dalam tong-tong sampah yang disenggarakan oleh pemilik atau dalam pelongsor sampah yang diperuntukkan dalam bangunan itu; atau
  4. memelihara apa-apa binatang dalam petaknya atau atas harta bersama yang boleh menyebabkan kegusaran kepada mana-mana pemilik lain.
32.
Berapa jumlah kuorum dalam mesyuarat agung pertama (AGM pertama), mesyuarat agung tahunan (AGM tahunan) dan mesyuarat agung luar biasa (EGM)?

Separuh (50%) daripada pemilik yang berhak (sendiri atau dengan cara proksi) untuk mengundi yang hadir. 

Jika suatu kuorum tidak hadir, pemilik-pemilik yang berhak untuk mengundi hadir hendaklah membentuk suatu kuorum jika dalam masa setengah jam selepas masa yang ditetapkan bagi suatu mesyuarat agung.

33.
Siapakah yang bertanggungjawab untuk membaiki dan menyenggara kerosakan/kebocoran yang berlaku di dalam unit individu?

Pembaikan dan penyenggaraan didalam unit individu adalah tanggungjawab pembeli unit masing-masing. Sekiranya ia berpunca dari kawasan harta gunasama, pihak Badan Pengurusan hendaklah mengambil tindakan pembaikan berkenaan. 

(JMB – Seksyen 21 (1) (a), Akta 757) 

(MC – Seksyen 51 (1) (a), Akta 757)

34.
Apakah pengubahsuaian yang sesuai bagi tempat pembuangan sampah yang memudahkan laluan lori sampah untuk membuat kerja-kerja kutipan?

Pihak pengurusan dinasihatkan untuk mendapatkan pandangan serta keputusan di dalam mesyuarat agung (AGM/EGM) dan seterusnya memohon kebenaran merancang daripada Jabatan Perancang Bandar (OSC).

35.
Siapakah yang bertanggungjawab untuk menggantikan kerosakan meter air?

Sekiranya ia adalah bagi manfaat untuk 1 pemilik, ia adalah menjadi tanggungjawab pemilik berkenaan. Walaubagaimanapun, sekiranya ia adalah bagi manfaat kepada lebih dari 2 pemilik ia adalah menjadi tanggungjawab pihak JMB/MC.

36.
Adakah kos pembaikan paip air kumbahan/ pendawaian elektrik dalam rumah pemilik petak di bawah tanggungjawab Badan Pengurusan?

Pembaikan dan penyenggaraan didalam unit individu adalah tanggungjawab pembeli unit masing-masing. Sekiranya ia berpunca dari kawasan harta gunasama, pihak Badan Pengurusan hendaklah mengambil tindakan pembaikan berkenaan. 

(JMB – Seksyen 21 (1) (a), Akta 757) 

(MC – Seksyen 51 (1) (a), Akta 757)

37.
Bolehkah pihak MC memotong meter air bagi mana-mana pembeli yang tidak menjelaskan tunggakan caj penyenggaraan?

Tidak boleh. Sila rujuk kes mahkamah “John Denis De Silva vs. Cresent Court Management (2006) 2 CLJ 605 (S6-24-2 340-2004)”.

38.
Bilakah pihak Pesuruhjaya Bangunan boleh mengambil tindakan menyita harta alih pembeli yang gagal membayar caj penyenggaraan?

Proses tindakan menyita harta alih ke atas pembeli yang gagal menjelaskan caj penyenggaraan boleh diambil setelah pihak COB mengeluarkan waran penahanan melalui Borang A (Jadual Ketiga Seksyen 35, Akta 757). Walau bagaimanapun, tindakan ini hanya boleh diambil apabila pihak JMB telah memfailkan saman atau tuntutan dalam Mahkamah atau dihadapan Tribunal Pengurusan Strata.

39.
Apakah tindakan yang boleh diambil oleh pihak JMB sekiranya pembeli tidak membayar caj penyenggaraan?

JMB boleh menyampaikan suatu notis bertulis kepada pembeli atau pemunya petak yang menuntut pembayaran jumlah wang yang kena dibayar dalam tempoh 14 hari dari tarikh penyampaian notis. Jika masih tidak bayar. JMB boleh memfailkan saman atau tuntutan dalam Mahkamah atau dihadapan Tribunal Pengurusan Strata. 

(Seksyen 34, Akta 757)

JMB juga boleh membuat permohonan bersumpah secara bertulis kepada pihak COB untuk mendapatkan suatu waran penahanan yang memberi kuasa bagi penahanan apa-apa harta alih yang dipunyai oleh pemunya petak yang ingkar. 

(Seksyen 35, Akta 757)

40.
Apakah tindakan yang boleh diambil oleh pihak Perbadanan Pengurusan (MC) sekiranya terdapat pertikaian terhadap jumlah yang dibelanjakan oleh pihak pengurusan terdahulu di dalam penyata kewangan beraudit?

Pihak MC boleh membuat aduan ke Tribunal Pengurusan Strata atau memulakan prosiding di mana-mana mahkamah yang berbidangkuasa kompeten bagi mendapatkan keputusan mutlak. MC juga boleh membuat aduan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)/ Polis/ Malaysian Institute of Accountants (MIA).

41.
Apakah tindakan undang-undang yang boleh diambil sekiranya pemaju tidak menyerahkan penyata kewangan dan lebihan wang?

Pemaju boleh disabitkan didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Jika kesalahan tersebut berterusan akan didenda selanjutnya tidak melebihi lima ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagiannya kesalahan itu berterusan selepas disabitkan. 

(JMB – Seksyen 15, Akta 757) 

(MC – Seksyen 55, Akta 757)

42.
Apakah tindakan yang boleh diambil jika Pengerusi gagal untuk memanggil mesyuarat jawatankuasa?

Pesuruhjaya boleh melantik mana-mana anggota jawatankuasa pengurusan untuk mengadakan mesyuarat berdasarkan permohonan bertulis oleh sekurang-kurangnya 2 Ahli Jawatankuasa 

(Jadual Kedua, Perkara 5(2), Akta 757)

43.
Apakah pemasangan grill keselamatan di balkoni di sesebuah bangunan bertingkat dibenarkan?

Undang-Undang Kecil Bangunan dibawah kawalselia Jabatan Kawalan Bangunan, MBJB tidak melarang pemasangan grill di balkoni. Manakala dari segi syarat Bomba pula, grill yang dibenarkan adalah grill yang boleh dibuka sahaja. 

Oleh itu, pihak pengurusan diminta untuk mengawal jenis-jenis pemasangan grill ini dengan memasukkan syarat-syarat pemasangan di dalam Undang-Undang Kecil pemajuan masing-masing.

44.
Apakah kaedah yang boleh diambil pihak MC bagi tangani masalah kereta tanpa nombor pendaftaran dan cukai jalan yang terbiar di kawasan tempat letak kereta dalam tempoh yang sangat lama atau harta alih yang didapati terbiar di kawasan harta bersama?

MC dinasihatkan agar mewujudkan peruntukan kaedah atau cara untuk menangani masalah perletakkan kereta terbiar atau lain-lain harta alih di kawasan harta bersama di dalam Undang-Undang Kecil pemajuan masing-masing sebelum meneruskan tindakan penguatkuasaan. Pihak MC juga dinasihatkan untuk mengemukakan notis terlebih dahulu kepada mana-mana pemilik yang terlibat sebelum sebarang tindakan diambil.

45.
Apakah pemilik petak boleh membuat pengubahsuaian dalaman petaknya tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak pengurusan?

Pihak pengurusan dinasihatkan untuk mewujudkan Undang-Undang Kecil yang mensyaratkan pemilik supaya memaklumkan kepada pihak pengurusan sebelum sebarang pengubahsuaian dilakukan. Sekiranya mana-mana pemilik didapati telah melanggar syarat-syarat yang ditetapkan, pihak pengurusan boleh mengambil tindakan berdasarkan Undang-Undang Kecil berkenaan.