Jabatan Pelesenan
Tuan/puan perlu mengisi borang permohonan lesen anjing yang terdapat di laman sesawang MBJB dengan memuat naik borang permohonan atau mengambilnya di Kaunter Jabatan Pelesenan tingkat 5 Menara MBJB.
Syarat-syarat untuk permohonan lesen anjing:
- salinan kad pengenalan pemilik anjing
- gambar pemilik dan gambar anjing
- salinan sijil pemeriksaan kesihatan anjing terkini
- dokumen bukti telah mengembiri anjing daripada Doktor Veterinar yang bertauliah
*wajib mendapatkan persetujuan jiran-jiran dalam borang permohonan
Jumlah yang dibenarkan:
- hanya seekor bagi kediaman jenis teres.
- 2 ekor untuk kediaman jenis banglo
- 4 ekor (maksima) untuk kawasan kilang / tapak bina
* TIDAK DIBENARKAN UNTUK KEDIAMAN STRATA DAN BERTINGKAT (PANGSA/PANGSAPURI/KONDOMINIUM) DAN JENIS TOWN HOUSE.