Skip to main content

Apa yang perlu saya buat untuk elak denggi di rumah?

Jabatan Kesihatan

Penduduk setempat disarankan mengamalkan 10 minit seminggu untuk periksa kediaman/premis sendiri sebagaimana berikut :

  • menjalankan aktiviti mencari dan musnah tempat pembiakan nyamuk di premis masing-masing seperti :
    • Buang air bertakung
    • Tutup bekas air
    • Tukar air dalam pasu dan baldi seminggu sekali
    • Bersihkan longkang dan saliran
    • Simpan barang lama di tempat tertutup
  • Menggunakan semburan aerosol didalam premis
  • Menggunakan ubat penghalau nyamuk (repellant) semasa membuat aktiviti di luar rumah
  • Memastikan tiada lubang/ruang di tangki Sistem Pengumpulan Dan Penggunaan Semula Air Hujan (SPAH) yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk didalam tangki tersebut.
  • Pihak pengurusan bangunan / strata hendaklah melantik sendiri syarikat Pest Control Operator (PCO) bagi menjalankan kerja-kerja semburan ruang thermal (fogging) secara berkala dengan mendapat pandangan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru.
Kategori Soalan