Bila waktu paling aktif nyamuk Aedes menggigit?
Nyamuk Aedes aktif pada waktu awal pagi (6.00–8.00 pagi) dan lewat petang (5.00–7.00 petang).
Nyamuk Aedes aktif pada waktu awal pagi (6.00–8.00 pagi) dan lewat petang (5.00–7.00 petang).
Ya. MBJB sering menjalankan program pendidikan kesihatan, gotong-royong, edaran risalah, dan ceramah awam di sekolah, taman perumahan, dan komuniti.
Fogging hanya membunuh nyamuk dewasa. Jika tempat pembiakan jentik-jentik tidak dihapuskan oleh penduduk, nyamuk akan terus membiak. Kerjasama masyarakat amat penting untuk menghapuskan denggi.
Anda boleh laporkan kepada MBJB melalui: Sistem SISPAA
Talian hotline
Emel rasmi MBJB
Ya. Semua jenis premis termasuk kilang, restoran, pasar, sekolah, dan lain-lain boleh diperiksa jika kawasan itu dikesan ada potensi pembiakan nyamuk Aedes.
Ya, MBJB boleh masuk ke dalam rumah dengan kebenaran penghuni untuk membuat pemeriksaan dan larvasiding. Sekiranya tiada penghuni di rumah, notis akan ditinggalkan untuk tindakan lanjut.
Kedua-dua kaedah ini saling melengkapi dalam usaha mengawal denggi.
Fogging ialah semburan kabus menggunakan racun serangga untuk membunuh nyamuk dewasa. Ia biasanya dilakukan di luar rumah dan tidak berbahaya jika langkah berjaga-jaga diikuti, seperti menutup makanan dan menutup tingkap semasa semburan dijalankan.
Jika didapati bersalah, anda boleh dikenakan kompaun RM500 hingga RM 1000 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Ya, anda boleh buat permohonan kepada MBJB melalui sistem aduan SISPAA atau hubungi Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru. Keutamaan semburan fogging adalah di kawasan yang telah dilaporkan kes denggi dari Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru. Pemeriksaan akan dilakukan dahulu sebelum tindakan fogging dijalankan untuk mengesahkan keperluan fogging di kawasan tersebut. Sekiranya didapati tiada keperluan untuk fogging, pengadu dinasihatkan untuk membuat pencegahan kendiri seperti menghapus tempat pembiakan nyamuk.