Sekitar Majlis Pelancaran Logo Sambutan 30 Tahun Perisytiharan Majlis Bandaraya Johor Bahru di Dataran Bandaraya Johor Bahru 31 Disember 2023

Ahad, 31 Disember 2023 | Sekitar Majlis Pelancaran Logo Sambutan 30 Tahun Perisytiharan Majlis Bandaraya Johor Bahru di Dataran Bandaraya Johor Bahru. Bertemakan "Johor Bahru Berdaya Huni", makna di sebalik logo Sambutan 30 Tahun MBJB yang berlatar belakangkan Dataran Bandaraya Johor Bahru ini ialah bangunan ini menjadi mercu tanda Perisytiharan Majlis Bandaraya Johor Bahru pada tahun 1994. Selain itu, latar belakang corak dan warna 'mutiara' di logo 30 tahun MBJB ini ini juga adalah simbolik dengan sambutan 'Jubli Mutiara' MBJB.
Hadir menyempurnakan pelancaran ialah YB Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Keusahawanan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, diiringi oleh Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Pegawai Daerah Johor Bahru, Ketua Whip Ahli Majlis MBJB, Setiausaha MBJB, Timbalan Setiausaha MBJB, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, serta pegawai Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
 
Warga bandar raya boleh memuat turun senarai acara sempena Sambutan 30 Tahun MBJB ini di https://www.mbjb.gov.my/ms/ulangtahun30

Ulang Tahun 30