Skip to main content

Go Skateboarding Day 2026 MBJB

21 Jun 2026 | TMIYC Johor Bahru
 
Johor Bahru terus membuktikan dirinya sebagai hab belia aktif dan kreatif apabila Pertandingan Go Skateboarding Day 2026 anjuran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dengan kerjasama Kelab Skateboard Selatan (KSS) & Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor berlangsung dengan penuh energi dan semangat luar biasa!
Sorakan gemuruh, aksi penuh adrenalin dan kreativiti tanpa batasan jelas terpancar sepanjang pertandingan, menghimpunkan bakat-bakat hebat dalam dunia skateboarding dari pelbagai peringkat!
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB. Dato' Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Johor Bahru kepada pemenang bagi 4 kategori menarik telah dipertandingkan:
  •  Skateboard Best Run Women Open
  •  Skateboard Mix Under 14
  •  Skateboard Best Run Men's Open
  •  Best Trick
Tahniah kepada semua pemenang dan peserta yang telah mempamerkan aksi penuh gaya, berani dan berkelas dunia!
MBJB komited dalam memperkasakan sukan alternatif dan menyediakan platform terbaik untuk bakat muda terus menyerlah, seiring menjadikan Johor Bahru sebagai bandaraya yang hidup dengan gaya hidup sihat dan dinamik!
 
Image
Go Skateboarding Day 2026 MBJB
Image
Go Skateboarding Day 2026 MBJB
Image
Go Skateboarding Day 2026 MBJB
Image
Go Skateboarding Day 2026 MBJB