Skip to main content

Siapakah yang layak mengeluarkan CCC?

Unit Pusat Setempat

Dalam sistem CCC, Orang Utama Yang Mengemukakan iaitu Principal Submitting Person (PSP) ditafsirkan sebagai orang yang berkelayakan (para profesional) yang mengemukakan Pelan Bangunan kepada PBT untuk kelulusan dan layak mengeluarkan CCC. Para profesional yang layak mengeluarkan CCC terdiri daripada Arkitek Profesional, Jurutera Profesional dan Pelukis Pelan Berdaftar (bagi bangunan tidak melebihi 2 tingkat dan tidak melebihi 300 meter persegi atau mana-mana syarat lain yang dikenakan Lembaga) mengikut ketetapan kategori bangunan yang ditetapkan di peringkat Lembaga Profesional masing-masing.