Skip to main content

Apakah surat sokongan yang diperlukan bagi pengeluaran CCC?

Unit Pusat Setempat

Terdapat 8 jenis Borang G – Borang Perakuan Berperingkat daripada 6 Agensi Teknikal yang memerlukan Surat Pelepasan / Surat Pengesahan bagi pengeluaran CCC. Merujuk kepada Pekeliling Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) Bil 1/2008, surat pengesahan daripada agensi teknikal luaran yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Borang G8 - Surat Pelepasan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
  2. Borang G9 - Surat Pelepasan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
  3. Borang G11 - Sijil Kelayakan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)
  4. Borang G13 - Surat Pengesahan Pihak Berkuasa Air
  5. Borang G14 - Surat Pengesahan Jabatan Perkhidmatan Pembetungan
  6. Borang G15 - Surat Pengesahan Jabatan Perkhidmatan Pembetungan
  7. Borang G16 - Surat Pengesahan Tenaga Nasional Berhad
  8. Borang G17 - Surat Pengesahan Pihak Berkuasa Tempatan / Jabatan Kerja Raya


(*sekiranya pemohon tidak menerima surat tersebut dalam masa 14 hari dari tarikh permohonan, ia disifatkan telah diberikan)