Skip to main content

Apakah perbezaan antara cukai harta dan cukai tanah?

Jabatan Penilaian

Cukai Harta atau juga dikenali sebagai "Cukai Pintu” dan “cukai taksiran” dibayar dua kali setahun mengikut penggal kepada pihak Berkuasa Tempatan. 
Cukai Tanah pula perlu dibayar pada awal tahun kalendar iaitu 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun kepada Pihak Berkuasa Negeri. Cukai Tanah hanya perlu dibayar satu(1) kali setiap tahun.