Langkau ke kandungan utama

Pelan Pembangunan (PB)

Dinding dua pihak (party wall) tidak berkualiti dan pemaju tidak menjalankan apa-apa kerja pembaikan kecacatan akibat kesalahan pembinaan melencong daripada pelan lulus.

PBT perlu menyiasat aduan jika terdapat perlanggaran pelan kelulusan PB oleh pihak pemaju. Tindakan undang-undang boleh dikenakan ke atas PSP dan Pemaju jika terdapat unsur-unsur perlanggaran Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), selaras subseksyen 70(13)(b) dan Subsyeksyen 70 (27)(d) serta Subsyeksyen 70 (27) (e). 

Apakah Borang B? Adakah kegunaan Borang B untuk notifikasi mula kerja bangunan juga boleh digunakan untuk notifikasi mula kerja tanah?

Dalam mana-mana pembangunan di dalam kawasan PBT, apabila kerja hendak dimulakan, Borang B hendaklah dikemukakan kepada PBT sebagai Notis Memulakan atau Menyambung Kerja Bangunan. Borang B adalah merupakan satu keperluan undangundang dalam Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984. Pengemukaan Borang B bagi kerja bangunan dan kerja tanah adalah berasingan dan berlainan.

Adakah papan tanda projek wajib dipamerkan,kerana hak masyarakat untuk mengetahui perihal projek melalui PBT berkenaan dan kewajipan PBT untuk memberikan maklumat?

Papan tanda projek perlu dipamerkan di tapak projek sebagai menepati syarat-syarat kelulusan Pelan Bangunan oleh PBT. Masyarakat mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat daripada PBT dan PBT juga mempunyai hak samada boleh memberi atau tidak maklumat yang diperlukan itu.