Bolehkah saya memelihara anjing yang ditangkap MBJB?
Boleh, bergantung kepada status anjing tersebut. Pemohon perlu melalui proses saringan dan patuhi syarat tertentu seperti vaksinasi lengkap dan permohonan lesen MBJB.
Boleh, bergantung kepada status anjing tersebut. Pemohon perlu melalui proses saringan dan patuhi syarat tertentu seperti vaksinasi lengkap dan permohonan lesen MBJB.
Anjing yang ditangkap akan dibawa ke pusat penahanan haiwan MBJB. Sekiranya tiada tuntutan dalam tempoh tertentu, anjing akan dilupuskan mengikut prosedur sebagaimana Tatacara Operasi Piawai (SOP) Penangkapan dan Pelupusan Anjing Terbiar di kawasan PBT.
Anda boleh memohon lesen anjing melalui Jabatan Pelesenan, MBJB. Dokumen seperti kad vaksinasi dan butiran pemilik diperlukan. Bayaran tahunan akan dikenakan.
Ya. Pihak NGO perlu mengemukakan sijil pendaftaran NGO dan mengisi borang pemohonan di Jabatan Kesihatan, MBJB terlebih dahulu.
Tidak, pemilik anjing hanya boleh menuntut anjing sekali sahaja sebagaimana Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing MBJB (Pindaan) 2021.
Tempoh masa anjing yang ditangkap disimpan di Pusat Tahanan Haiwan MBJB adalah 2 hari bagi anjing tidak berlesen dan 7 hari bagi anjing berlesen sebagaimana Pekeliling dari KPKT.
Tindakan kompaun RM 500 akan dikenakan kepada pemilik anjing ysng ingin menuntut semula anjing mereka dan caj kurungan anjing juga akan dikenakan mengikut hari.
Ya. Anjing peliharaan yang dilepaskan bebas tanpa tali di kawasan awam, atau tiada lesen sah boleh ditangkap mengikut undang-undang kecil MBJB berkaitan pemeliharaan haiwan kerana berpotensi menimbulkan kacauganggu dan ancaman keselamatan kepada penduduk.
Sila laporkan segera kepada MBJB. Sekiranya anjing tersebut menunjukkan gejala rabies (anjing gila) seperti agresif, berbuih mulut atau takut air, tindakan segera akan diambil termasuk tangkapan dan pemantauan kesihatan.
Ya. MBJB menjalankan aktiviti penangkapan anjing liar secara berkala, terutamanya di kawasan aduan, kawasan berisiko rabies, atau kawasan yang mengganggu ketenteraman awam.