Langkau ke kandungan utama

Apakah tatacara pengeluaran CCC mengikut UndangUndang dan Akta?

Unit Pusat Setempat

Merujuk kepada Seksyen 70(20) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), perakuan siap dan pematuhan hendaklah dikeluarkan oleh PSP mengikut masa, cara, dan tatacara setelah PSP :

  1. Mengawasi pendirian bangunan dan memastikan pendirian tersebut menepati pelan yang diluluskan dan mengikut kehendak Akta dan Undang-Undang Kecil
  2. Memastikan bangunan dibina dan disiapkan mematuhi kesemua syarat teknikal yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan
  3. Memastikan bahawa bangunan itu selamat dan layak untuk diduduki
     

Merujuk kepada UUK 25A Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984, CCC boleh dikeluarkan setelah PSP memastikan:

  1. Telah mengawasi pembinaan dan penyiapan rumah berasingan yang dibina secara tunggal
  2. Telah memenuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh PBT c) Kesemua perkhidmatan yang diperlukan disediakan