Unit Pusat Setempat
Ya, di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) PBT masih mempunyai duty of care bagi memastikan bangunan yang dibina adalah selamat dan siap untuk diduduki. Merujuk kepada Seksyen 70(23)(a) dan (b) Akta yang tersebut di atas, PBT boleh mengeluarkan notis bertulis kepada PSP untuk memperbetulkan segala ketidakpatuhan yang dilakukan semasa pembinaan dan juga arahan bertulis untuk menahan pengeluaran perakuan siap dan pematuhan sehingga ketidakpatuhan itu telah diperbetulkan.
Selain itu, di bawah seksyen 85A Akta tersebut PBT berhak mengeluarkan notis untuk pemunya bangunan menjalankan pemeriksaan bangunan secara berkala selepas tempoh 10 tahun CCC dikeluarkan.
Kategori Soalan