Langkau ke kandungan utama

Makluman Penutupan Awal Kaunter MBJB Sempena Hari Raya Aidil Adha 1447H/2026

Dimaklumkan bahawa kaunter perkhidmatan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan beroperasi pada:
Hari: Selasa
Tarikh: 26 Mei 2026
Waktu Operasi: 8.00 pagi – 1.00 petang

Penutupan awal ini adalah sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha 1447H, bagi memberi ruang kepada warga kerja MBJB membuat persiapan menyambut hari yang mulia ini bersama keluarga.

Kaunter MBJB akan beroperasi semula seperti biasa pada hari Khamis 28 Mei 2026

Sehubungan itu, orang awam adalah digalakkan untuk hadir lebih awal atau menangguhkan urusan ke hari Khamis bagi mengelakkan sebarang kesulitan atau kesesakan di kaunter.

Segala kesulitan amat dikesali dan kerjasama anda amat dihargai. Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha.

Notis Penutupan Awal Kaunter