Majlis Bandaraya Johor Bahru menjemput orang ramai untuk hadir memeriahkan persembahan JB Muzika yang bakal berlangsung di Dataran Bandaraya Johor Bahru dan juga di 0 KM Jalan Dato Onn
Nikmati persembahan muzik secara langsung oleh Orkestra MBJB serta persembahan tarian menarik daripada Kumpulan SETARI dalam suasana santai bersama keluarga dan rakan-rakan, sambil memberi sokongan kepada bakat seni tempatan.
Tarikh: 7 NOVEMBER 2026
Masa: 8.30 malam
Lokasi: Dataran Bandaraya Johor Bahru
Tarikh: 7 NOVEMBER 2026
Masa: 8.30 malam
Lokasi: 0KM Jalan Dato Onn
Ayuh bersama-sama kita meriahkan malam bandaraya dengan irama dan persembahan yang menghiburkan.
JB Muzika — Menghidupkan Seni, Menceriakan Bandaraya

