Ingin merasai suasana pasar yang meriah, lengkap dan penuh pilihan? Medan Niaga Kampung Melayu adalah destinasi terbaik untuk anda!
Di sini, pengunjung bukan sahaja dapat memperoleh pelbagai keperluan harian melalui pasar basah dan kering, malah turut disajikan dengan aneka makanan dan minuman yang menyelerakan hasil air tangan usahawan tempatan.
Suasana yang hidup, pilihan yang pelbagai serta kemudahan yang tersedia menjadikan Medan Niaga Kampung Melayu sebagai lokasi tumpuan komuniti yang tidak wajar dilepaskan.
Ayuh datang dan alami sendiri kemeriahan serta keunikan Medan Niaga Kampung Melayu!
