Rabu, 11 Disember 2024 | Menara MBJB
MBJB dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan Seminar 'Community Integrity Building' (CIB) Kepada Seluruh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Johor bersempena Sambutan Hari Integriti Peringkat Majlis Bandaraya Johor Bahru.
Program dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd. Noorazam bin Dato’ Haji Osman (Datuk Bandar, MBJB) diiringi oleh Encik Izal Arif bin Zahrudin (Chief of Operation Sector) IIM. Pengisian Seminar ini adalah Sesi Forum CIB bertajuk ‘CIB: Mekanisme Terbaik Memperkasa Tadbir Urus dan Integriti di PBT dan Komuniti” yang dikelolakan oleh pemudahcara iaitu YBrs. Dr. Rozaidi Abdul Rahim Razali (Ahli Lembaga Pengarah IIM) dan dua orang Panel Jemputan iaitu YBrs. Puan Norfiza Mahfiz (Pengarah Komunikasi Korporat, Majlis Bandaraya Diraja Klang-MBDK) dan YBrs. Prof. Dr. Md. Said Zainol (Pensyarah Kanan, Fakulti Kewangan & Sains Pentadbiran, Universiti Antarabangsa Al-Madinah)
Seminar ini dihadiri oleh 175 peserta yang terdiri daripada Pegawai Awam daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Ahli-ahli Majlis MBJB, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Johor, Warga Kerja MBJB, Wakil daripada SWCorp Negeri Johor, Wakil daripada SWM Environment Sdn. Bhd. Regional Office (Johor Selatan), Ketua Kampung Mukim Bandar, Tebrau dan Pulai, Wakil daripada Jawatankuasa Penduduk Zon Bandar Desa Cemerlang, Zon Bandar Dato’ Onn/ Kangkar Tebrau dan Zon Bandar Baru Uda. Latarabelakang peserta adalah mereka yang terlibat dengan Unit INTEGRITI, Aduan Awam dan Agenda Tempatan (Komuniti Setempat).
Tujuan seminar CIB ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan CIB kepada seluruh PBT Negeri Johor dan Penduduk Setempat dalam memperkasa pembudayaan integriti dan tadbir urus dalam Kawasan Pentadbiran PTB dengan mengukur keberkesanan peranan pihak-pihak berkepentingan dalam menjamin perkhidmatan berkualiti; mengenalpasti satu formula berdaya maju bagi meningkatkan integriti perkhidmatan awam dan merakyatkan agenda pembudayaan integriti komuniti.
Pihak MBJB dan IIM berharap dengan bermulanya Projek CiB di Zon Ahli Majlis yang dipilih iaitu Zon Bandar Desa Cemerlang, Zon Bandar Dato’ Onn/ Kangkar Tebrau dan Zon Bandar Baru Uda yang akan dilaksakan pada awal tahun 2025 dapat memperkasa integriti dan akauntabiliti MBJB dan pembekal perkhidmatan; meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan MBJB yang telah diberikan kepada kontraktor yang dilantik; dapat mewujudkan kebertanggunjawapan bersepadu di kalangan PBT khasnya MBJB, Pemantau Sukarela, Komuniti dan Pembekal Perkhidmatan; memastikan isu aduan dapat diselesaikan dengan cepat dan pantas; dan memastikan persekitaran atau kediaman yang bersih, selesa dan selamat didiami.