Sekitar Majlis Penyerahan Sistem Kumbahan Awam Mbjb Kepada Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. Dewan Inai Merah Menara MBJB

29 November 2021 : Sekitar Majlis Penyerahan Sistem Kumbahan Awam MBJB kepada Indah Water Konsortium Sdn Bhd di Dewan Inai Merah, Menara MBJB, hari ini.

Melalui penyerahan ini, sebanyak 98 loji rawatan kumbahan termasuk 1 Loji Rawatan Bersepadu (CSTP) Sungai Segget dan 38 buah rumah pam untuk rangkaian paip pembentungan di bawah seliaan MBJB akan diserahkan operasinya kepada pihak Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) mulai 1 Disember 2021. Bermula dari tarikh ini juga, semua sistem kumbahan awam akan diuruskan oleh pihak IWK dan segala permasalahan dan aduan oleh orang awam boleh dirujuk terus kepada pihak IWK.

Penyerahan ini adalah dilaksanakan sebagaimana dasar Kerajaan Malaysia untuk menyeragamkan operasi penyelenggaraan sistem kumbahan oleh syarikat pembetungan nasional IWK Sdn Bhd di seluruh Semenanjung Malaysia. Pihak IWK juga mempunyai kepakaran yang khusus dalam mengoperasikan sistem kumbahan awam dengan keanggotaan dan kelengkapan yang mencukupi.

Dengan pengambilan ini loji-loji lama yang sediada akan dibaiki dan dinaiktaraf kepada sistem yang lebih baik dan efisien agar efluen yang dilepaskan ke saliran-saliran utama mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Alam Sekitar.

img

img