Langkau ke kandungan utama

Malam Cinta Rasul : JB Berselawat Semarakkan Ulang Tahun Perisytiharan Bandar Raya Johor Bahru Ke-32

31 Disember 2025 | Dataran Bandaraya Johor Bahru
Suasana penuh penghayatan dan keberkatan menyelubungi penganjuran Program Malam Cinta Rasul: JB Berselawat sempena Sambutan Ulang Tahun Perisytiharan Bandar Raya Johor Bahru ke-32 dengan kehadiran lebih 10,000 orang awam.
Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Johor Bahru. Turut hadir dif-dif kehormat termasuk YBhg. Dato’ Haji A. Aziz bin Ahmad, Ketua WHIP MBJB, Tuan Haji Mohd Farid bin Hassan, Setiausaha MBJB, Puan Ir. Hajah Nazatul Shima binti Mohamad, Timbalan Setiausaha MBJB, serta barisan Ahli-Ahli Majlis MBJB dan warga kerja Majlis Bandaraya Johor Bahru.
Majlis dimeriahkan dengan pengisian rohani menerusi alunan qasidah oleh Kumpulan Nur Ahli Badar serta tausiah oleh Ustaz Muhamad Jazlan bin Abdullah. Program turut diserikan dengan persembahan Amer Al-Mawleed & Syed Iqbal Jamalullail (Basstamam) serta persembahan istimewa oleh Khai Bahar.
Kemuncak program diserlahkan dengan pertunjukan bunga api yang memukau, diiringi alunan selawat dan doa ulang tahun Bandar Raya Johor Bahru sekali gus mencipta detik penuh keinsafan dan kebersamaan.
Penganjuran program ini bukan sahaja menyemarakkan kecintaan kepada Rasulullah SAW, malah menjadi platform memperkukuh ukhuwah antara kepimpinan bandar raya, agensi kerajaan dan masyarakat setempat, selari dengan aspirasi Johor Bahru sebagai sebuah bandar raya yang sejahtera, harmoni dan berdaya huni.

Malam Cinta Rasul JB Berselawat Malam Cinta Rasul JB Berselawat