28 Disember 2025 | Perpustakaan Sultan Ismail
Bertempat di Perpustakaan Sultan Ismail, telah berlangsung dengan jayanya Program Riang Ria Cuti Sekolah: Hobi dan Minat yang bertemakan Kenderaan & Seni serta Haiwan & Rekreasi. Program ini bukan sahaja menceriakan cuti sekolah, malah menjadi medan pembelajaran santai yang sarat dengan ilmu dan kreativiti.
Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan untuk pengunjung, antaranya pameran, aktiviti interaktif, bengkel mewarna, jualan, kuiz maklumat, pelbagai pertandingan, Bengkel Bicara Aksara: Transformasi Idea ke Manuskrip, serta cabutan nombor pengunjung bertuah yang menambah kemeriahan suasana.
Seiring penganjuran program ini, Kembara Pustaka Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor turut mengendalikan pengisian utama melalui Majlis Penyerahan Sumbangan Buku dan Penyampaian Sijil Penghargaan kepada rakan strategik serta ahli Kembara Pustaka, sebagai tanda penghargaan atas sokongan dan komitmen berterusan dalam memperkasa budaya membaca.
Sumbangan buku telah disempurnakan oleh Encik Hishamuddin bin Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor, kepada 30 buah pusat sumber sekolah terpilih merangkumi Sekolah Menengah, Sekolah Rendah dan Sekolah Agama di seluruh negeri Johor.
Semoga inisiatif murni ini terus menyemai minat membaca, menyuburkan budaya ilmu dan melahirkan generasi Johor yang berpengetahuan serta berdaya saing.
Image
Image
Image
Image