Majlis Keraian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Sanjungan Budi Majlis Bandaraya Johor Bahru Tahun 2023

MAJLIS KERAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN SANJUNGAN BUDI MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU

Khamis, 18 Mei 2023 | Sekitar Majlis Keraian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Sanjungan Budi MBJB yang berlangsung di Dewan Kenanga, Menara MBJB, hari ini.

Seramai 36 pesara MBJB, 74 orang warga kerja yang telah berkhidmat lebih 25 tahun, serta 103 warga kerja yang menerima anugerah di atas prestasi kerja cemerlang sepanjang perkhidmatan tahun 2022 telah diraikan dalam majlis hari ini.

Dalam ucapan YB Dato' Haji Mohd. Noorazam bin Dato' Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru, beliau telah berpesan kepada seluruh warga kerja agar "melangkah dengan penuh cekal dan iltizam dan tidak sesekali berasa selesa atau 'complacent' dengan segala kejayaan yang telah dikecapi."

"Keutamaan dan fokus kita hendaklah tertumpu kepada usaha untuk memastikan setiap dasar, program dan perkhidmatan dilaksanakan dengan cepat, tepat dan berkualiti supaya dapat memenuhi keperluan dan kehendak warga bandar raya Johor Bahru," kata beliau.

Kata beliau lagi, "Setiap dasar, projek, program dan perkhidmatan MBJB perlu mempunyai nilai tambah yang boleh membawa perubahan dalam kehidupan warga bandar raya kepada yang lebih baik dan berupaya mencetuskan 'feel good factor' terhadap kualiti perkhidmatan yang disampaikan."

Dalam menuju ke arah usia 30 tahun bandar raya pada tahun hadapan, MBJB bersedia untuk melaksanakan lonjakan dan perubahan yang signifikan untuk maju lebih jauh ke hadapan dalam mencorakkan pembangunan Johor Bahru ke arah bandar raya yang bertaraf antarabangsa, berbudaya dan lestari, selari dengan hasrat Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

#JBMampan
#JBThinkGreen

MAJLIS KERAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG  DAN SANJUNGAN BUDI MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU

MAJLIS KERAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG  DAN SANJUNGAN BUDI MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU