Majlis Bandaraya Johor Bahru Terima Kunjungan dari Jabatan Penguatkuasaan, Majlis Perbandaran Kluang

Rabu, 11 Disember 2024 | Majlis Bandaraya Johor Bahru telah menerima kunjungan dari Jabatan Penguatkuasaan, Majlis Perbandaran Kluang.

Delegasi yang diketuai oleh Tuan Zulfikarfirdaus Bin Safee, Ketua Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Kluang bersama-sama dengan 24 orang anggota Penguatkuasaan MPK telah hadir ke Panggung Cempaka, Menara MBJB bagi menerima taklimat berkenaan Tadbir Urus dan Plan Strategi Penguatkuasaan dan Pengurusan Fail Pendakwaan.

Para peserta telah diberikan pendedahan oleh Tuan Muhammad Faiz bin A.Razak, Pengarah Penguatkuasaan MBJB, dan telah dibawa melawat ke Depo Sitaan Kenderaan di Lot 10 dan Stor Kenderaan Terbiar di Taman Mount Austin pada sebelah petang.

Lawatan
Lawatan