Ahad, 29 Disember 2024 | Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) membuka tirai Sambutan Ulang Tahun Perisytiharan MBJB Ke-31 dengan menganjurkan program Forum Perdana Ehwal Islam dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Bank Islam.
Forum Perdana Ehwal Islam ini dihiasi dengan tajuk yang cukup sinonim dalam konteks pembangunan bandar raya mampan iaitu 'Bandar Raya Berdaya Huni dan Diampuni'.
Tajuk ini telah dikupas oleh para panelis yang terdiri daripada Sahibus Samahah YB Dato' Haji Ahmad Faisal bin Mohamed, Timbalan Mufti Negeri Johor, Y. Bhg. Professor Dr. Arieff Salleh bin Rosman, Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia, Y.Bhg. Ustaz Haji Mohd Nazri bin Rahman, Kadhi Daerah Batu Pahat serta moderator Ustaz Mohd Hariri bin Mohamad Daud.
Hadir sama dalam program hari ini ialah YB Dato' Haji Mohd. Noorazam bin Dato' Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru, Sahibus Samahah YB Dato' Haji Yahya bin Ahmad, Mufti Negeri Johor, Y. Bhg. Puan Wan Wizana binti Hashim, Pengarah Bahagian Penyiaran JAKIM selaku wakil rasmi Ketua Pengarah JAKIM, Y. Bhg. Dato' A. Aziz bin Ahmad, barisan Ahli Majlis MBJB, Ketua-Ketua Jabatan MBJB, wakil-wakil PBT The Greater Johor Bahru, serta warga kerja MBJB.
Saksikan tayangan Forum Perdana Ehwal Islam ini pada 16 Januari 2025 di saluran RTM TV1.