Langkau ke kandungan utama

Audit Pensijilan Semula MS ISO 9001:2015

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah berjaya menjalani Audit Pensijilan Semula MS ISO 9001:2015 yang dilaksanakan oleh Pasukan Audit SIRIM QAS International Sdn. Bhd. bermula 2 Julai hingga 4 Julai 2025. Audit yang melibatkan tiga (3) orang auditor berpengalaman iaitu Puan Nur Shahida binti Ab. Rahim selaku Ketua Pasukan Audit, En. Mohd Nasir bin Md. Zainuddin dan Puan Aisah binti Sanai yang telah dijalankan secara menyeluruh melibatkan sepuluh (10) jabatan dan bahagian utama di MBJB, termasuk:
  • Jabatan Khidmat Pengurusan
  • Jabatan Penilaian
  • Jabatan Perancangan Pembangunan
  • Jabatan Bangunan
  • Jabatan Kesihatan
  • Jabatan Pelesenan
  • Jabatan Pengangkutan Bandar
  • Jabatan Pengurusan Harta
  • Bahagian Korporat & Perhubungan Awam
  • Bahagian Audit
Hasil pengauditan ini, MBJB telah berjaya mengekalkan Pensijilan MS ISO 9001:2015 bagi tempoh tiga (3) tahun akan datang, sehingga tahun 2028. Ia satu pencapaian yang membuktikan komitmen berterusan dalam mengekalkan tahap pengurusan berkualiti tinggi. Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga kerja MBJB yang telah menunjukkan semangat kerjasama serta komitmen tinggi. Sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dan dalam menjayakan proses auditan serta pengurusan sistem kualiti secara menyeluruh dan berkesan.
    Pensijilan Semula