Info Bahagian Promosi & Pendidikan Kesihatan

Bahagian Alam Sekitar, Promosi & Pendidikan Kesihatan, Jabatan Kesihatan MBJB terdiri daripada 5 unit yang berfungsi sebagaimana berikut :

 

Unit Kawalan Kebersihan Premis Perniagaan

  1. Merancang, mengurus dan menilai kebersihan premis makanan di dalam kawasan bandar raya bagi memastikan ianya berada pada tahap kebersihan maksima.
  2. Menjalankan aktiviti pemeriksaan dan penilaian tahap kebersihan premis makanan.
  3. Merancang, melaksana dan menilai Program Penggredan Premis Makanan.
  4. Mengawal dan memastikan kebersihan sumber makanan yang dihasilkan dari kilang-kilang makanan di dalam kawasan bandar raya berada dalam keadaan selamat.
  5. Memastikan pengusaha-pengusaha premis yang menjalankan perniagaan di dalam kawasan Majlis mematuhi Akta atau Undang-Undang Kecil yang digunapakai bagi memastikan kualiti kebersihan dan peraturan undang-undang dipatuhi.
  6. Memastikan semua aktiviti perniagaan yang dijalankan di dalam kawasan Majlis mematuhi syarat-syarat kesihatan dan mempunyai lesen yang sah dari MBJB.
  7. Mengumpul dan mengemaskini data serta maklumat untuk tujuan pemantauan dan penilaian semula akvtiti yang dijalankan.
  8. Mengadakan operasi di dalam menguatkuasakan Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Undang-Undang Kecil yang digunapakai oleh MBJB.

Unit Promosi & Pendidikan Kesihatan

  1. Merancang, mengatur, mengetuai, melaksana dan menilai semula semua aktiviti unit Merancang dan melaksanakan program pendidikan kesihatan terhadap kumpulan sasaran tertentu di kalangan pengusaha makanan dan masyarakat umum.
  2. Merancang dan melaksanakan program kesedaran pencegahan dan kawalan penyakit denggi dan lain-lain penyakit berjangkit. 
  3. Merancang dan pemudah cara bagi program kesedaran gaya Hidup Sihat bagi mencegah kejadian penyakit tidak berjangkit (penyakit kronik).
  4. Menyediakan penerbitan bahan-bahan promosi dan pendidikan kesihatan.
  5. Menyediakan maklumat dan pendidikan kesihatan pada peringkat komuniti melalui teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).
  6. Merancang dan melaksana program kesedaran amalan 3R.
  7. Melaksanakan program galakkan dan khidmat nasihat berkenaan home composting.
  8. Mengurus dan menyelenggara pusat kitar semula dan Kompos.
  9. Melaksanakan program kesedaran pemuliharaan alam sekitar.
  10. Mengumpul data maklumat berkenaan pencapaian program 3R.
  11. Menganalisa data dan menilai semula program 3R dan lain-lain program berkaitan dari semasa ke semasa.
  12. Melaksanakan program Healthy Setting bagi mengenalpasti dan menyelesaikan masalah, setempat dengan penglibatan penduduk setempat.
  13. Merancang dan mengurus aktiviti pendidikan kesihatan kepada masyarakat secara teratur bagi setiap zon-zon Ahli Majlis di kawasan bandaraya.
  14. Bekerjasama mengkordinasi program LA 21 berkaitan alam sekitar dan kesihatan.
  15. Bekerjasama mengkordinasi dan pengumpulan maklumat bagi penetapan status kelestarian bandar raya.
  16. Bekerjasama mengenalpasti dan mengkordinasi pelaksanaan inisiatif-inisiatif Bandar Selamat.
  17. Menyediakan reten bulanan, suku tahun dan tahunan untuk dikemukakan kepada SUB Kerajaan Tempatan Negeri Johor dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Unit Kawalselia Pelupusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam

  1. Merancang, mengatur, mengetuai, melaksana dan menilai semula semua aktiviti unit pengurusan / kawal selia sisa pepejal.
  2. Mengurus hal konsesi pengurusan sisa pepejal.
  3. Mengeluarkan surat arahan bagi perkhidmatan pungutan untuk premis baru (CFO/CCC).
  4. Menyelia kerja-kerja pungutan sisa pepejal yang dijalankan oleh pemegang konsesi.
  5. Mengesahkan jadual pembayaran kepada SWCorp dan pemegang konsesi.
  6. Menyelaras dan memantau aduan perkhidmatan oleh pihak SWCorp dan konsesi.
  7. Mengadakan mesyuarat bulanan bagi menyelaras semua isu berbangkit berhubung dengan perkhidmatan pihak SWCorp dan konsesi.
  8. Mengkordinasi permohonan pungutan sisa pepajal tambahan atas permintaan penduduk atau pemunya premis bersama dengan pihak SWCorp dan konsesi.
  9. Mengumpul, mengemaskini, menganalisa data dan menyediakan laporan aktiviti bulanan.

Unit Kebersihan Persekitaran

  1. Merancang, mengatur, mengetuai, melaksana dan menilai semula semua aktiviti unit pembersihan kawasan.
  2. Menjadual, melaksana dan menilai kerja-kerja pembersihan kawasan awam termasuk menyapu jalan, membersih parit longkang, pemotongan rumput, pembersihan sisa pepejal, dan semak samun.
  3. Pemeriksaan dan laporan serta tindakan (notis, kompaun, tindakan mahkamah) ke atas kacau ganggu dari premis perniagaan, perindustrian, perdagangan, tapak binaan dan kawasan perumahan.
  4. Pemeriksaan dan laporan ke atas kacau ganggu astetik seperti bangunan usang, terbakar, kotor dan bangunan yang ditumbuhi dengan tumbuhan menjalar.
  5. Menyiasat dan mengambil tindakan ke atas semua aduan-aduan yang berkaitan dengan kacau ganggu kepada persekitaran (semak-samun, pembakaran terbuka, bau dan lain-lain).
  6. Pemeriksaan dan laporan kepada Jabatan berkaitan ke atas pencemaran air aliran dan parit awam yang melibatkan bahan buangan aktiviti perniagaan, perindustrian dan perdagangan.
  7. Menyiasat dan mengambil tindakan ke atas semua aduan-aduan yang berkaitan dengan pembersihan kawasan.
  8. Melaksanakan pemantauan kerja pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam oleh kontraktor lantikan MBJB mengikut spesifikasi.
  9. Mengumpul dan mengemaskini data serta maklumat untuk tujuan pemantauan dan penilaian semula akvtiti yang dijalankan.
  10. Melaksanakan penguatkuasaan Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Undang-Undang Kecil yang digunapakai oleh MBJB.

Unit Sanitasi & Taskforce

  1. Menjalankan tugasan khas di luar skop kerja SWCorp dan pihak konsesi.
  2. Merancang, mengatur, mengetuai, melaksana dan menilai semula semua aktiviti berkenaan fasiliti sanitari.
  3. Menjadual, melaksana dan mengambil tindakan dibawah aktiviti pemeriksaan tandas-tandas awam.
  4. Menjalankan aktiviti penggredan tandas-tandas awam.
  5. Merancang, mengatur, mengetuai, melaksana dan menilai semula semua aktiviti berkenaan pengurusan pasar awam.
  6. Menjadual, melaksana dan mengambil tindakan dibawah aktiviti pemeriksaan pasar awam.
  7. Menjalankan aktiviti penggredan pasar awam.
  8. Memastikan serta mempertingkatkan tahap kebersihan pasar dan sanitasi peniaga bagi menjamin penjualan makanan yang bersih dan selamat.
  9. Merancang dan melaksanakan kerja-kerja pembersihan pasar-pasar awam termasuk tandas awam secara berjadual.
  10. Memantau pematuhan syarat lesen pusat penyembelihan.
  11. Memantau tahap sanitari pusat penyembelihan untuk khidmat nasihat dan tindakan undang-undang.
  12. Mengumpul dan mengemaskini data serta maklumat untuk tujuan pemantauan dan penilaian semula akvtiti yang dijalankan.
  13. Menguatkuasa undang-undang berkaitan.