MENU

BAHAGIAN PENJAJA

UNIT PEMBANGUNAN PENJAJA

 

UNIT KAWALAN PENJAJA

 

UNIT OPERASI PENJAJA

 

UNIT PENDAKWAAN

  • Melaksanakan tugas seperti penyediaan kertas kerja untuk kelulusan Jawatankuasa Pelesenan dan mesyuarat yang berkaitan permohonan baharu, tukar pemilik, menambah/menukar petak/kawasan, menukar jenis jualan dan pembatalan lesen penjaja pasar malam dan pasar pagi, gerai Majlis dan swasta, take away, luton van, pasar majlis dan swasta

 

  • Menyediakan kertas kerja permohonan tahun baru cina, promosi jualan/car boothsales, food truck dan solar stall

 

  • Menyediakan kertas kerja dasar dan garis panduan bagi dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa

 

  • Menyediakan kertas kerja, merekod permohonan dan status permohonan lesen penjaja, bazar ramadhan dan lemang untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa

 

  • Menyediakan kertas kerja dan carta alir proses kerja (SOP) berkaitan unit pengurusan penjaja bagi menyelaraskan tindakan yang diambil terhadap permohonan

 

  • Meminda dan menambahbaik prosuder kualiti permohonan lesen penjaja sebgaimana arahan Jabatan/Bahagaian/Unit berdasarkan laporan audit dalam dan luar, audit ISO

 

 

 

  • Menyediakan dan meminda senarai semak dokumen sokongan, tatacara permohonan berdasarkan arahan terkini dan penambahbaik system computer Pelesenan

 

  • Menyediakan menyemak dan menganalisis data laporan kutipan hasil permohonan pembatalan dan tunggukan lesen penjaja

 

  • Merekod mengemaskini dan membuat analisis berkenaan laporan perancangan strategic bahagaian penjaja

 

  • Memberi maklumbalas ke atas surat-surat daripada Jabatan luar

 

  • Menyelaras program-program perjumpaan, taklimat dan ceramah atau mesyuarat

 

  • Menjalankan penyelidikan dan pembangunan (Research & Development) yang berkaitan dengan pembagunan penjaja dikawasan MBJB

 

 

  • Menjalankan kawalan dan pemantauan aktiviti penjaja setelah permohonan lesen baru diluluskan dan dibatalkan

 

  • Memantau dan menyelia aduan serta kerja-kerja luar pejabat melibatkan permohonan baru, rayuan dan penyiasatan

 

  • Menguruskan urusan temudga keseluruhan Pasar Malam, Bazar JB dan Dataran MBJB

 

  • Mengatur dan membuat penyelarasan dengan jabatan-jabatan berkaitan untuk tujuan lawatan dan operasi serta turut serta/hadir sama dalam lawatan tapak dan operasi bersama jabatan berkaitan

 

  • Menyelaras dan hadir sama dalam kerja-kerja gotong royong

 

  • Menguruskan penggredan premis makanan bagi penjaja dan gerai-gerai milik Majlis serta swasta

 

  • Menjalankan pemeriksaan dan membuat bancian kawasan penjaja seperti pasar pagi, pasam malam pasar karat, pasar borneo dan lain-lain lagi

 

  • Menjalankan penyelidikan dan pembangunan (Research & Development) yang berkaitan dengan pembagunan penjaja dikawasan MBJB

 

  • Bersama-sama unit operasi penjaja menjalankan aktiviti/operasi-operasi pemeriksaan penjaja tanpa lesen/pemutihan/bersepadu bersama jabatan berkaitan dan agensi luar

 

  • Menyelaras program klinik Pelesenan Penjaja

 

 

  • Menjalankan pemeriksaan premis dan menyediakan laporan bagi  permohonan baru  lesen penjaja untuk pertimbangan Jawatankuasa

 

  • Menjalankan pemeriksaan premis dan menyediakan laporan bagi  permohonan rayuan  lesen penjaja untuk pertimbangan Jawatankuasa

 

  • Menjalankan  pemeriksaan dan pemantauan pelesen atau penganjuran yang melanggar syarat Pelesenan

 

  • Menjalankan pemeriksaan penggredan premis makanan bagi penjaja dan gerai-gerai milik Majlis serta swasta

 

  • Menjalankan operasi penjaja aktiviti/operasi-operasi pemeriksaan penjaja tanpa lesen/pemutihan/bersepadu bersama jabatan berkaitan dan agensi luar

 

  • Menjalankan pemeriksaan beserta menyediakan laporan untuk aduan awam dan pendakwaan
  • Mengambil tindakan terhadap kes-kes yang berkaitan tiada lesen yang sah daripada MBJB

 

  • Menjalankan pemeriksaan tapak dan membuat laporan pemeriksaan untuk diambil tindakan penguatkuasaan dan pendakwaan

AKTIVITI BAHAGIAN PENJAJA

  • Pengeluaran lesen penjaja untuk Lesen Pasar Malam, Lesen Gerai (MBJB) dan Lesen Pasar (Awam & Persendirian).
  • Pengeluran Lesen Sementara untuk Jualan Buah-buahan bermusim, promosi jualan di kawasan lapang (Jom Heboh, Program Cuti Sekolah , Takeaway, Gerai Tepi Jalan , Pasar Pagi , Bazar Ramadan , Juadah berbuka puasa , Bazar Deepavali , Bazar Tahun Baru/Krismas dan Bazar Hari kebangsaan.
  • Menguruskan Kutipan Hasil Unit Penjaja.
  • Menguruskan pembaharuan, tukar pemilik, pembatalan dan rayuan semula lesen penjaja.
  • Menyediakan maklumat / data peniaga / Penjaja.
  • Pembangunan Peniaga/Penjaja iaitu Pelaksanaan program pembangunan keusahawanan Peniaga,  Pemantauan penyertaan Bumiputra dan Dasar Ekonomi Baru dan Penyediaan ruang-ruang niaga.
  • Perancangan Pembangunan Penjaja untuk Kawasan Pasar Malam , Kawasan Pasar Pagi  Kawasan Penjaja Sementara.
  • Penyediaan Bajet Pembangunan Peniaga/Penjaja.