Langkau ke kandungan utama

Info Bahagian Audit

1.   PENUBUHAN UNIT AUDIT DALAM (UAD) MBJB

  • Unit Audit Dalam (UAD) Majlis Bandaraya Johor Bahru telah ditubuhkan pada tahun 2000 berdasarkan panduan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2 Tahun 1979. Seterusnya, fungsi Audit Dalam telah dikemaskini melalui Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 9 Tahun 2004

  • Selaras dengan penguatkuasaan Pekeliling Perbendaharaan 1PP mulai 3 Julai 2014, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor telah bersetuju menimbalguna pekeliling berkaitan pada 4 Mac 2015 yang mana turut terkandung peranan dan tanggungjawab Audit Dalam dan digunapakai di jabatan-jabatan Negeri. Pekeliling tersebut telah ditimbalguna untuk digunapakai di MBJB bermula tahun 2016. 

  • Terkini, pekeliling berkaitan telah dipinda pada Oktober 2024 kepada Pekeliling Perbendaharaan PS 3.1 - Pelaksanaan Audit Dalam di Kementerian atau Jabatan Persekutuan Dan Kerajaan Negeri. 

2. MISI DAN VISI UNIT AUDIT DALAM (UAD) MBJB 

  • Misi - Menjadi Penyumbang Utama Ke Arah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Dan Tadbir Urus Di MBJB.

  • Visi - Melaksanakan Pengauditan Secara Profesional Dan Bebas Serta Mengemukakan Laporan Seimbang Kepada Datuk Bandar.

3. BIDANG TUGAS AUDIT PENGURUSAN KEWANGAN 

     AUDIT PENGURUSAN KEWANGAN

  • Pemeriksaan terhadap sistem kewangan dan rekod kewangan untuk menentukan sama ada perbelanjaan, hasil, aset dan stor telah diurus mengikut undang-undang, peraturan dan arahan yang berkaitan. 
  • Ini adalah bertujuan untuk menentukan bahawa pembayaran-pembayaran dibuat dengan teratur dan adalah dibenarkan, hasil-hasil adalah dikenakan dan dipungut dengan betul dan aset-aset dikira dan dikawal dengan sepatutnya.

  • Audit Pengurusan Kewangan juga menentukan sama ada sistem perakaunan dan rekod-rekod adalah sempurna dan boleh dipercayai agar pihak pengurusan tertinggi boleh mendapat maklumat yang tepat dan dalam masa yang singkat.

    AUDIT PRESTASI

  • Merangkumi penilaian terhadap aktiviti dan program organisasi untuk menentukan matlamatnya telah dicapai dan sumber telah digunakan secara berhemat, cekap dan berkesan. 

  • Merupakan pemeriksaan yang objektif dan analitikal terhadap kecekapan dan keberkesanan pengurusan dan penggunaan sumber-sumber organisasi. 

  • Fokus auditan adalah tertumpu pada aspek perancangan, pelaksanaan dan pemantauan bagi sesuatu program atau aktiviti yang dijalankan.

    CARTA ORGANISASI UNIT AUDIT DALAM

Carta Organisasi UAD