Bahagian Pengurusan Harta

img

LATAR BELAKANG

Bahagian Pengurusan Harta bertanggungjawab untuk mentadbir dan mengurus kemudahan-kemudahan milik Majlis yang terdiri daripada Dewan, Kompleks Sukan, Ruang Niaga dan Rumah Sewa. Semua kemudahan ini perlu berada dalam keadaan yang baik dan selamat untuk digunakan oleh orang ramai. Selain itu, Bahagian ini juga menjalankan fungsi-fungsi pengurusan penyelenggaraan, pengurusan penyewaan dan kutipan hasil sewaan.

Setiap penggunaan dikenakan kadar sewa yang berpatutan dan mempunyai elemen subsidi setelah mengambil kira obligasi sosial Majlis di dalam memberikan perkhidmatan dan kemudahan kepada warga Bandaraya. Kadar sewa ini bertujuan untuk menampung kos harian seperti kos elektrik, air dan tenaga kerja anggota Majlis dan bukan bersifat keuntungan.

FUNGSI BAHAGIAN PENGURUSAN HARTA

  • Menguruskan penyewaan atau pajakan harta-harta milik Majlis.
  • Menguruskan kerja berkaitan penyelenggaraan bangunan.
  • Menguruskan kerja kebersihan Dewan, Kompleks Sukan, Medan Selera, Gerai, Kedaidan Pasar milik Majlis.
  • Menguruskan kerja pemasaran dan promosi bagi penyewaan harta milik Majlis.
  • Melaksanakan pengurusan inventori bagi harta milik Majlis.
  • Melaksanakan kerja pengurusan kewangan dan insurans harta Majlis.
  • Memastikan harta tanah milik Majlis dalam keadaan baik dan selamat.

OBJEKTIF BAHAGIAN PENGURUSAN HARTA

  • Memastikan fasiliti yang disediakan kepada orang ramai sentiasa berada di tahap selesa dan terbaik serta sedia untuk penggunaan;
  • Memantau hasil Majlis melalui pulangan berbentuk sewaan prasarana dan ruangniaga yang disewakan kepada orang ramai;
  • Memastikan aduan yang diterima daripada pelanggan diambil tindakan dan dipantau;
  • Menguruskan kos dengan efisyen supaya pulangan dapat dimaksimakan;
  • Memastikan dan menyelaras penyelenggaraan fizikal bangunan dengan kerjasama bahagian-bahagian teknikal di Jabatan Kejuruteraan.