WCS MAYORS FORUM SEMPENA WORLD CITIES SUMMIT 2022 DI SINGAPURA

Mayors Forum ini merupakan sebuah acara jemputan tahunan yang melibatkan Datuk Bandar dan peneraju bandar di mana satu platform disediakan bagi mengadakan perbincangan mengenai masalah perbandaran dan juga perkongsian amalan terbaik di antara bandar-bandar di dunia. Seramai 65 Datuk Bandar dari seluruh dunia telah menyertai Mayors Forum pada kali ini.

Pada Forum kali ini Yang Berhormat Datuk Bandar Johor Bahru  telah  iberi ruang untuk menyampaikan pandangan selama 10 minit dalam 1 slot khas mengenai isu digitalisasi bandar di mana kunci kejayaan bagi sesebuah bandar untuk bergerak ke arah pemodenan adalah bergantung kepada ketersediaan warganya atau komuniti itu sendiri untuk bergerak ke arah digital.

Dalam menjayakan agenda bandar pintar, ianya memerlukan koordinasi, penglibatan serta kesefahaman di antara semua pihak berkepentingan termasuk pihak berkuasa. Jika ianya berjaya dicapai, barulah kita dapat benar-benar mewujudkan sebuah bandar pintar yang memberi manafaat kepada warganya.

img

img