TAHNIAH MBJB TERIMA ANUGERAH GREEN ACCORD INITIATIVE AWARD (GAIA) 2019/2020

JOHOR BAHRU, 8 September 2020 - Menara MBJB diberi pengiktirafan sekali lagi apabila menjadi pemenang kategori Bangunan Individu dalam Green Accord Initiative Awards (GAIA) anjuran Iskandar Regional Development Authority (IRDA) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor.

Pengiktirafan ini menjadikan Menara MBJB sebagai bangunan kerajaan pertama yang memenangi anugerah ini. Turut menerima pengiktirafan GAIA adalah Bangunan MBJB Jalan Dato' Onn dan Bangunan JOTIC yang berjaya ke peringkat akhir GAIA.

MBJB akan menjadikan penerimaan anugerah ini sebagai pemangkin dan pendorong untuk menjayakan lebih banyak inisiatif-inisiatif hijau terutamanya yang terkandung dalam Pelan Tindakan Masyarakat Rendah Karbon MBJB 2025.

img

img

img