SUDUT LESTARI MBJB DI PERPUSTAKAAN SULTAN ISMAIL

SUDUT LESTARI MBJB DI PERPUSTAKAAN SULTAN ISMAIL

Selasa, 14 Februari 2023 | Sebagai usaha berterusan mendokong hasrat membangunkan masyarakat rendah karbon dan cakna akan pemeliharaan alam sekitar, MBJB bersama-sama Iskandar Regional Development Authority (IRDA), City of Kyoto, Kyoto Environmental Activities Association (KEAA), Japan International Cooperation Agency (JICA) Kansai dan Kuala Lumpur, telah membangunkan Sudut Lestari MBJB di Perpustakaan Sultan Ismail.

Sudut Lestari MBJB ini berperanan untuk mempromosikan pendidikan alam sekitar, menyokong aktiviti alam sekitar, memberikan maklumat mengenai gaya hidup mesra alam dan merupakan hab perkembangan kemahiran sumber manusia berkaitan alam sekitar. Tambahan lagi, ianya bertujuan mewujudkan modul untuk membangun dan melatih ‘Juara Hijau’ (Green Champions) bagi mengetengahkan kesedaran, pendidikan dan pemuliharaan alam sekitar serta memperkenalkan konsep ‘The Kyoto-Model’ dalam pengamalan pendidikan alam sekitar di Malaysia.

Sudut Lestari MBJB dibangunkan hasil dari kerjasama antara MBJB, IRDA, KEAA, City of Kyoto dan JICA menerusi sebuah Memorandum Kerjasama yang telah dimeterai pada tahun 2021, serta disokong oleh SWM Environment dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

Hadir menyempurnakan majlis pada hari ini ialah YB Dato’ Haji Mohd. Noorazam bin Dato’ Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru, bersama-sama Mr. Terunuma Takeshi (Assistant Director, Global Environment Policy Office, City of Kyoto), Mr. Niikawa Tatsuro (Chairman of Kyoto Environmental Activities Association), Mr. Takizawa Masahiko (Chief Representative, JICA Kuala Lumpur), Mr. Itoyama Hiroshi (Deputy Director of Partnership Program Division, JICA Kansai), Puan Kamisah binti Mohd Ghazali (Senior Vice President of Iskandar Regional Development Authority), Tuan Haji Mohd. Norlisam Mohd Nordin (Pengurus Besar Korporat SWM Environment), Encik Tam Leong Fon (Pengurus Kanan Operasi Wilayah Johor Selatan, SWM Environment) serta para pegawai dari MBJB, SWM Environment, IRDA, Universiti Teknologi Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan sekolah-sekolah sekitar Johor Bahru.

Turut menyertai pameran hari ini ialah sekolah, institusi pengajian tinggi, NGO serta komuniti yang terlibat dengan Pembangunan Lestari yang mempamerkan produk-produk dan pencapaian yang berkaitan dengannya.

#JBThinkGreen
#JBMampan
#SudutLestariMBJB

SUDUT LESTARI MBJB DI PERPUSTAKAAN SULTAN ISMAIL

SUDUT LESTARI MBJB DI PERPUSTAKAAN SULTAN ISMAIL