Program Pendidikan Kelestarian LA21 MBJB 2023

PROGRAM PENDIDIKAN KELESTARIAN LA21 MBJB 2023
 
Ahad, 29 November 2023 | MBJB telah melaksanakan taklimat kepada lebih 400 orang warga pendidik yang terdiri daripada Pengetua, Guru Besar, Guru Penyelaras Pendidikan Kelestarian dan wakil PIBG sekolah berkenaan Program Pendidikan Kelestarian di kawasan MBJB.
Wakil dari 116 sekolah rendah dan sekolah menengah di dalam kawasan MBJB telah hadir mendengar taklimat program Pertandingan Pendidikan Kelestarian LA21 di kawasan MBJB. Melalui program yang dilaksanakan oleh pihak MBJB bersama Jabatan Pendidkan Negeri Johor (JPNJ) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ini, pelbagai kategori pertandingan diadakan seperti:
1. Program Pertandingan Kitar Semula Minyak Masak Terpakai (Kategori Khas)
2. Program Pertandingan Kitar Semula Bahan Terpakai (Kategori Khas)
3. Program Kerjasama penggunaan sisa kompos yang dihasilkan yang boleh digunakan kebun sekolah.
4. Program Pertandingan Penjimatan Air (Kategori Khas)
5. Program Pertandingan Penjimatan Elektrik (Kategori Khas)
6. Program Pertandingan Guru Lestari
7. Program Pertandingan Sekolah Showcase Program Kelestarian Pendidikan
8. Program Sekolah Transisi Program Kelestarian Pendidikan
9. Program Sekolah Baru Program Kelestarian Pendidikan
Pertandingan ini terbuka kepada sekolah rendah dan sekolah menengah di kawasan MBJB dengan tawaran hadiah terkumpul sebanyak RM 501,000.00 untuk dimenangi. Majlis penyampaian hadiah dan Symposim Pendidikan Kelestarian LA21 ini akan dilaksanakan pada bulan March 2024.
Usaha ini adalah selaras dengan usaha MBJB untuk merealisasikan Matlamat Pembangunan Mampan agenda utama pembangunan di kawasan MBJB. Untuk maklumat lanjut, pihak sekolah bolehlah melayari laman sesawang: