Program Kesedaran Kesihatan Mental Sempena Sambutan Hari Mental Sedunia Peringkat Daerah Johor Bahru

Selasa, 10 Oktober 2023 | Program Kesedaran Kesihatan Mental anjuran bersama MBJB dan Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru telah diadakan hari ini di Dewan Kenanga, Menara MBJB sempena Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia.

Bertemakan 'Kesihatan Mental Untuk Semua', pelbagai pengisian menarik telah diadakan seperti forum, quiz atas talian, sesi perkongsian oleh pegawai psikologi dan lain-lain lagi. Peserta turut mengambil peluang untuk membuat semakan kesihatan kendiri, melihat pameran rehabilitasi pesakit mental, aktiviti psikologi & kaunseling, serta lain-lain pameran dari PKD Johor Bahru, PDRM, BOMBA dan AADK.

Sambutan Hari Mental Sedunia

Sambutan Hari Mental Sedunia