Program Kembiri Kucing Kawasan MBJB

Sabtu, 9 Mac 2024 | MBJB telah melaksanakan Program Kembiri Kucing di Kawasan MBJB bersama Wira Kasseh JB dan Cat Tiram Shelter pada 9 Mac 2024 di Dewan Muafakat Adda Height, Johor Bahru.

Sebanyak 160 ekor kucing telah berjaya dimandulkan dengan penglibatan orang awam, NGO yang terlibat dan klinik veterinar.

Program ini akan dapat membantu MBJB untuk mengawal populasi kucing liar di kawasan MBJB seterusnya memberikan kemudahan kepada orang awam untuk melaksanakan aktiviti pemandulan kucing di kawasan MBJB.

MBJB merancang untuk malaksanakan program ini secara berkala pada masa-masa akan datang.

Kembiri Kucing

Kembiri Kucing