PROGRAM AKTIVITI SEMPENA HARI MALAYSIA @ TMIYC 16 SEPTEMBER 2022

AKTIVITI SEMPENA HARI MALAYSIA @ TMIYC

Ayuh warga bandar raya, kita semarakkan sambutan Hari Malaysia di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Johor Bahru hari Jumaat ini, 16 September 2022 bermula 8.00 pagi.

Sertai pelbagai aktiviti seperti Program Fun Walk ‘Healthy Lifestyle: Hutan Bandar – TMIYC, Zumba, boxing, aerobictone, sukan rakyat, sayembara puisi ‘Semarak Johor’, pertandingan mini mural & doodle, aktiviti sukan ekstrim, skateboarding, wall climbing, calisthenics dan pelbagai lagi anjuran bersama MBJB, Kementerian Belia dan Sukan, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan, Persatuan Penulis Johor dan YADIM Negeri Johor.

Untuk kemudahan para pengunjung, sila letakkan kenderaan anda di lokasi-lokasi berikut:

1. Hutan Bandar
2. Parkir TMIYC
3. Sekitar Susur 4, Jalan Tun Razak (berhadapan deretan kedai & Courts Mammoth lama)

Jumpa di sana!

#HariMalaysia2022
#KeluargaMalaysiaTeguhBersama
#jbmampan
#jbthinkgreen

img