PERASMIAN PROGRAM PENANAMAN POKOK PLEDGE & PLANT A TREE (PAPAT) 2019 OLEH YANG BERHORMAT DATO' HAJI AMRAN BIN A.RAHMAN DATUK BANDAR JOHOR BAHRU

03 November 2019 : Yang Berhormat Dato' Haji Amran bin A. Rahman, Datuk Bandar Johor Bahru merasmikan Program Penanaman Pokok, 'Pledge & Plant A Tree' (PAPAT) 2019 bersempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2019 dan Pusat Komuniti Taman Ekoflora pagi tadi.

Turut hadir adalah Y. Bhg. Dato' Chang Kim Wah, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Eco World Sdn Bhd dan Y. Brs. TPr. Haji Md Nazri bin Noordin, wakil rasmi Presiden Pertubuhan Perancang Malaysia.

Program PAPAT 2019 ini adalah bertujuan merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri Johor yang mensasarkan penanaman sebanyak 2,000 batang pokok di seluruh Negeri Johor dalam tahun 2019. Sehubungan ini, sebanyak 215 batang pokok telah ditanam bersama-sama dengan pihak Eco World dan Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP) pagi tadi. Tambahan lagi, sebanyak 140 lagi buah pokok akan ditanam oleh MBJB di 2 lokasi lain di iaitu di Hutan Bandar dan Taman Bunga Raya.

MBJB amat komited dalam usaha menjadikan bandar Johor Bahru sebagai sebuah bandar yang rendah karbon dengan mensasarkan pelaksanaan 247 program tindakan Low Carbon Society menjelang 2025.

img

img