Mesyuarat Penuh Bil 10/2023 dan Majlis Penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah Cukai Harta MBJB Tahun 2022

MESYUARAT PENUH MBJB BIL. 10/2023 & MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH CABUTAN BERTUAH CUKAI HARTA MBJB TAHUN 2022

Isnin, 30 Oktober 2023 | Sekitar Mesyuarat Penuh MBJB Bil. 10/2023 yang dipengerusikan oleh YB Dato' Haji Mohd. Noorazam bin Dato' Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru, di Dewan Inai Merah.

Di dalam ucapan beliau, YB Datuk Bandar telah mewar-warkan program Asia Pacific Climate Week (APCW) 2023 yang akan berlangsung pada 13 - 17 November ini. Bersempena APCW ini, MBJB akan menganjurkan pelbagai aktiviti sampingan sepertu persembahan kebudayaan di Legaran Segget; pertunjukan seni, budaya dan 'green market' di TMIYC Johor Bahru; APCW Fun Run 2023; JB Car Free Morning; serta pelbagai lagi aktiviti sampingan menarik untuk warga bandar raya Johor Bahru.

YB Datuk Bandar turut mengingatkan berkaitan kepentingan mematuhi syarat-syarat pelesenan terutamanya kepada perniagaan restoran dan pusat cuci kenderaan susulan peningkatan aduan berkaitan kekotoran, kerosakan, pemasangan perangkap minyak dan lain-lain lagi aduan berkaitan kebersihan. Kegagalan mematuhi syarat lesen ini akan membolehkan tindakan pembatalan lesen diambil.

Seusai mesyuarat, satu Majlis Penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah Cukai Harta MBJB Tahun 2022 telah diadakan. Sejumlah RM200,000.00 telah diperuntukkan oleh MBJB dalam Program Cabutan Bertuah Cukai Harta MBJB bagi tahun 2022 di mana hadiah utama yang ditawarkan adalah sebuah kenderaan Perodua Myvi dan wang tunai masing-masing berjumlah RM20,000.00 serta pelbagai lagi hadiah yang menarik untuk pemenang. Pemberian ini adalah satu bentuk insentif dan penghargaan kepada pembayar cukai harta yang konsisten menunaikan tanggungjawab mereka setiap tahun.

Mesyuarat PenuhPenyampaian Hadiah