MENARA MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU (MBJB) TELAH MENERIMA PENGIKTIRAFAN MERIT AWARDS BAGI KATEGORI ‘ENERGY EFFICIENCY DESIGNED BUILDING’ ANJURAN NATIONAL ENERGY AWARDS (NEA) DENGAN KERJASAMA KEMENTERIAN TENAGA DAN SUMBER ASLI (KETSA)

Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah menerima pengiktirafan Merit Awards bagi kategori ‘Energy Efficiency Designed Building’ anjuran National Energy Awards (NEA) dengan Kerjasama Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli (KeTSA).

Majlis anugerah ini adalah bertujuan untuk mengiktiraf organisasi yang mengamalkan penjimatan tenaga, kecekapan tenaga dan teknologi tenaga yang boleh diperbaharui selain menerapkan elemen Low Carbon Society setiap program dan perancangan pembangunan.

Penerimaan anugerah ini akan dijadikan pemangkin dan pendorong untuk MBJB menjayakan lebih banyak inisiatif-inisiatif hijau terutamanya yang terkandung dalam Pelan Tindakan Masyarakat Rendah Karbon MBJB 2025.

#jbmampan
#jbthinkgreen

img