MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN ANTARABANGSA RENDAH KARBON ASIA (ICLCA) 2018

MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN ANTARABANGSA RENDAH KARBON ASIA (ICLCA) 2018.

YB Tan Hong Pin, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi, selaku wakil rasmi YAB Menteri Besar Johor telah merasmikan Persidangan Antarabangsa Rendah Karbon Asia dan Serantau 2018. Beliau telah diiringi oleh Y.Bhg. Datuk Bandar Johor Bahru, Y.Bhg. Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia, Timbalan Setiausaha MBJB serta Pengerusi ICLCA 2018.

Dalam ucapan perasmian, beliau telah menyatakan hasrat dan komitmen Kerajaan Negeri Johor untuk merealisasikan agenda masyarakat rendah karbon melalui beberapa initiatif utama yang telah digariskan dalam Pelan Tindakan Masyarakat Rendah Karbon Iskandar Malaysia 2025.Dalam pada itu, MBJB juga telah melancarkan 'Johor Bahru Low Carbon Society Action Plan 2025' sewaktu majlis tersebut.

img