MAJLIS PERASMIAN ARCA WARISAN DI IBRAHIM INTERNATIONAL BUSINESS DISTRICT (IIBD)

04 November 2018 : Sekitar Majlis Perasmian Arca Warisan di Ibrahim International Business District (IIBD) oleh YB Dato' Haji A. Rahim bin Haji Nin, Pegawai Kewangan Negeri Johor, selaku wakil rasmi Setiausaha Kerajaan Johor, sebentar tadi.

Arca Warisan adalah yang kedua daripada empat arca yang bakal dilancarkan dalam IIBD, manakala tiga lagi terdiri daripada Peluang, Daya Pergerakan dan Kelestarian Alam yang telah dilancarkan tahun lepas. Arca ini merupakan rekaan pengukir kelahiran Johor, Nizam Abdullah dan ditaja oleh UM Land.

Usaha ini adalah sebahagian daripada proses Bersama Membina IIBD yang diterajui oleh JCorp untuk membina kerjasama strategik dan menggalakkan kerjasama pelbagai agensi masyarakat dalam IIBD.

img