Majlis Penyampaian Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2023

Khamis, 29 Februari 2024 | Dewan Sri Siantan Perbadanan Putrajaya

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah menerima Anugerah Emas sempena Majlis Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2023 yang dirasmikan oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan 2 sebagai wakil rasmi kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, di Dewan Sri Siantan Perbadanan Putrajaya.

AIGA adalah satu anugerah bertujuan memberikan penghargaan kepada organisasi awam dan swasta yang komited dalam membudayakan integriti, governans terbaik dan inisiatif antirasuah dalam organisasi.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang AIGA 2023. Semoga usaha membudayakan integriti dan tadbir urus cemerlang ini akan terus subur ke arah negara yang makmur, sejahtera dan mampan.

Anugerah Emas AIGA

Anugerah Emas AIGA