MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU TERIMA ANUGERAH PERAK DI FESTIVAL TAMAN KUALA LUMPUR 2023

MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU TERIMA ANUGERAH PERAK DI FESTIVAL TAMAN KUALA LUMPUR 2023

9 Mac 2023, Taman Tasik Titiwangsa | Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah memenangi Anugerah Perak menerusi projek 'Terrabiosis Parklet' di Festival Taman Kuala Lumpur (KLPF) 2023 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Projek 'Terrabiosis Parklet' (Combination of Terrarium & Simbiosis' MBJB ini mempersembahkan rekabentuk parklet yang diinspirasikan daripada Menara MBJB dan Bunga Inai Merah sebagai bunga rasmi MBJB. Terrarium bermaksud bekas yang diperbuat daripada kaca atau plastik mengandungi tanaman, yang diperuntukkan bagi pelbagai keperluan seperti kajian, kaedah bercucuk tanam dan hiasan, manakala simbiosis pula bermaksud bersama dan hidup, yang merupakan asas bagi semua ekosistem. Rekabentuk parklet ini juga telah menerapkan elemen Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs).

Anugerah ini telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia dan Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiusaha Negara pada 9 Mac 2023 bertempat di Taman Tasik Titiwangsa.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua anggota terlibat dalam menjayakan projek ini.

#JBThinkGreen
#JBMampan

Anugerah Perak KL Festival

Anugerah Perak KL Festival