MAJLIS ANGKAT SUMPAH BARISAN AHLI MAJLIS MBJB SESI 2022/2023

JOHOR BAHRU, 8 Ogos 2022 - Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Sesi 2022/2023 telah disempurnakan sebentar tadi di Dewan Inai Merah MBJB.

Upacara mengangkat sumpah yang melibatkan seramai 24 Ahli Majlis MBJB ini telah disempurnakan di hadapan YB Dato' Haji Mohd. Noorazam bin Dato' Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru.

Dalam amanat Datuk Bandar Johor Bahru kepada Ahli Majlis, beliau telah menekankan peranan penting Ahli Majlis dalam meneruskan perkhidmatan berkualiti MBJB untuk rakyat, menjadi 'mata dan telinga' kepada masyarakat, serta melaksanakan program-program kemasyarakatan yang selari dengan 17 Matlamat Pembangunan Mampan (Social Development Goals) yang dibangunkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Beliau turut mengucapkan penghargaan buat mantan-mantan Ahli Majlis MBJB yang telah menjalankan amanah mereka sebelum ini.

Terlebih dahulu, Ahli-Ahli Majlis telah diberikan taklimat dan penerangan oleh Ketua-Ketua Jabatan MBJB berkenaan fungsi jabatan dalaman serta perkhidmatan yang disediakan MBJB.

Tahniah, syabas dan selamat menjalankan tugas diucapkan kepada barisan Ahli Majlis MBJB yang baharu.

img

img

img