LAWATAN PASUKAN INSPEKTORAT KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN (KPKT) BAGI TUJUAN PENGGREDAN SISTEM PENARAFAN BINTANG PIHAK BERKUASA TEMPATAN SPB-PBT 2018

MBJB telah menerima lawatan Pasukan Inspektorat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi tujuan penggredan Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan SPB-PBT 2018. Delegasi seramai 7 orang pegawai yang diketuai oleh Dr. Yap Hock Ann, Timbalan Setiausaha Bahagian Dasar dan Inspektorat KPKT, itu telah meneliti dan menilai lebih 333 perkara dan subkriteria yang merangkumi aspek pengurusan MBJB perkhidmatan-perkhidmatan teras, pengurusan pelanggan, penglibatan komuniti dan pandangan penduduk.

Terima kasih diucapkan atas lawatan pasukan inspektorat dan yabas kepada TeamMBJB atas komitmen dan kerjasama berpasukan yang ditunjukkan.

img