Lawatan Kerja Delegasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang Ke Majlis Bandaraya Johor Bahru

Khamis, 29 Februari 2024 - Majlis Bandaraya Johor Bahru telah menerima kunjungan delegasi dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) hari ini.

Lawatan ini adalah bertujuan membincangkan berkaitan pelaksanaan Akta 672 dan penambahbaikan yang diperlukan bagi memperkasakan penggunaan akta tersebut.

Delegasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah diketuai oleh Encik Muhammad Husni bin Mahmud, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang. Turut hadir ialah Tuan Haji Muhamad Syahrizat bin Alwee, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Encik Othman bin Abdul Latif, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Perbandaran MBPP, Encik Ahmad Zabri bin Mohamed Sarajudin, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Perbandaran MBSP. Taklimat telah disampaikan oleh Ts. Mohd Faizal bin Hassan, Penolong Pengarah Kesihatan (Alam Sekitar, Promosi & Pendidikan Kesihatan) MBJB.

Lawatan Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Lawatan Majlis Bandaraya Pulau Pinang